Wednesday, 19 December 2012

Kembali kepada fitrah keinsanan


Assalamualaikum

Kembali kepada fitrah keinsanan.

Hakikat penciptaan manusia mendapat pengiktirafan dari Allah swt sebagai sebaik baik penciptaan. Firman Allah dalam surah At-Tin menjadi pertimbangan yang wajib diambilkira dalam mencorakkan tatacara kehidupan. Ini kerana penciptaan sebagai sebaik-baik mahkluk bukanlah jaminan kepada darjat kemuliaan manusia yang berpanjangan. Ini kerana darjat kemuliaan itu akan jatuh ketahap yg hina apabila hilangnya iman dan amal soleh dalam kehidupan manusia.
Selain dari peringatan wahyu sebagai perbandingan untuk manusia, Allah swt juga mencipta makhuk lain iaitu haiwan. Ini kerana sifat kemanusiaan dan sifat kebinatangan adalah berlawanan. Namun sifat kebinatangan mudah didapati dalam masyarakat manusia, berbanding sifat kemanusiaan tidak ada dalam naluri kebinatangan. Dalam dunia binatang, persaingan wujud kerana 3 perkara utama iaitu:
1. Persaingan merebut kuasa / wilayah
2. Persaingan merebut hak dominasi keturunan/hak mengawan
3. Persaingan merebut makanan/mangsa
Kita dapati senario alam haiwan sudah menular dalam kehidupan manusia apabila persaingan merebut kuasa/wilayah mendapat tempat utama dalam persaingan politik. Jika haiwan muda ingin mengusai sesuatu kawasan, ia perlu bersaing dan mengalahkan ketua sedia ada yang mendominasi kawasan. Persaingan secara kekerasan menjadi amalan biasa dunia haiwan, namun luar biasa bagi manusia. Manusia bersaing secara ilmiah@berpandukan kekuatan ilmu, bukan kekerasan@keganasan. Namun mutakhir ini, ada manusia yang bertindak ganas dorongan ingin berkuasa dan menguasai kawasan/wilayah. Wujudnya budaya samseng, peras ugut, bahkan penderaan bagi menunjukkan kuasa. Lebih teruk jika seseorang itu dihormati bukan kerana kemuliaan dirinya,tapi kerana rasa takut orang pada kejahatannya. Dia mengawal kumpulan kongsi gelap, mengawal perniagaan haram dan itu menjadikannya berkuasa. Jika itulah dunia politik manusia yang menyokong kerana takut pada kejahatan seseorang..apa bezanya dengan haiwan yang bersaing secarag keras dan ganas.
Dunia haiwan juga berlaku perebutan bagi menguasai hak bersosial. Hanya yang menang sahaja akan mendapat hak mengawan untuk memastikan kesinambungan zuriat mereka. Bahkan dalam dunia haiwan yang ganas seperti singa dan harimau, akan berlaku pembunuhan bagi anak-anak yang lahir dari zuriat jantan dominan yang dah dikalahkan oleh jantan baru. Hal sebegina sebenarnya untuk mendidik tatacara kehidupan bagi munusia supaya mengambil berat perihal generasi akan datang. Jika dunia haiwan yang berpaksikan keganasan pun menekankan perihal kepentingan keturunan, maka sayogianya manusia memastikan kebersihan zuriat terpelihara menerusi perkahwinan. Hubungan sek bebas adalah budaya hidup para haiwan, namun kedapatan manusia yang membina kekayaan melalui pemerdagangan manusia, aktiviti persundalan dan pelacuran yang semakin berleluasa. Tidakkah  itu mencerminkan kehinaan hidup manusia. Senario ini semakin membimbangkan kerana ia semakin berkembang disebalik nama pusat refleksologi, rumah urut & spa, serta di pusat hiburan. Negeri selangor didapati mengalami kadar pertumbuhan pusat hiburan dan rumah urut yang sangat luar biasa. Justeru langkah pencegahan kepada kerosakan tatacara kehidupan keinsanan perlu dilakukan bagi mengembalikan landasan fitrah hidup manusia secara beretika dan persyariat.
Dunia haiwan juga bersaing kerana makanan@ mangsa. Siapa yang kuat akan mengusai makanan, ketua akan makan dahulu. Yang lemah akan dapat sisa@ dapat perhatikan sahaja. Realiti sebegini mulai merebak dalam kehidupan manusia. Dalam dunia perniagaan contohnya, yang kuat akan dapat habuan yang banyak, akan diberikan keutamaan. Dalam bidang politik juga sebegitu, orang yang berpengaruh dan berkuasa akan dimulia serta diberi keutamaan. Lebih dahsyat lagi jika yang berkuasa itu memilih untuk membantu pada mereka yang menyokong@mengundi mereka sahaja. Ini tidak ubah seperti kelompok dubok iaitu spesis anjing liar yang apabila mendapat habuan, hanya kelompoknya sahaja yang boleh berkongsi. Dubok lain walaupun dari spesis yang sama tapi ketuanya lain, akan diusir dari mendapat habuan. Jika sebegini amalan politik yang diamalkan, jelas ia semakin jauh dari ketamadunan hidup manusia yang menepati fitrah keinsanan...bahkan jauh dari mengharapkan redha Allah swt. Penghinaan pada disebabkan oleh tindakan mereka sendiri yang menyimpang dari landasan etika keinsanan, walaupun disorak dengan laungan reformasi, laungan takbir serta hak asasi, namun hakikatnya hanya kembali kepada kemunduran yang berpunca dari dendam, benci, irihati hatta kesombongan yang telah ditinggalkan bagi mencapai status kemajuan.
Moral yang perlu dihayati ialah perlunya kita kembali kepada fitrah keinsanan yang membina kehidupan berpaksikan keadilan serta bimbingan wayhu. Matlamat untuk ke putrajaya, laungan berubah kerana nakkan kuasa, kehidupan sosial yang menolak prinsip kerohanian serta amalan diskriminasi berasaskan sokongan, jelas menyimpang dari landasan menuju kemakmuran, negara berkebajikan serta prinsip keadilan. Kembalilah kepada tatacara fitrah keinsanan yang membina kehidupan dengan kasih sayang, tidak membenci tidak mendendam. Perbezaan ideologi hanya sewaktu membuat keputusan undian, bukan berpanjangan sehingga menafikan hak mendapat bantuan, itulah kezaliman yang jelas perlu ditentang.
Jangan biarkan tatacara kehidupan seperti alam kebinatangan menghakis nilai keinsanan yang mengambil masa sekian lama untuk dibangunkan. Selamatkan negara, sejahterakan ummah.

Monday, 10 December 2012

Dakwah antara 'glamour atau ilmu"


Peranan dakwah amat penting dalam menyebarkan ilmu dan kefahaman. Islam berkembang antara sebabnya ialah peranan pendakwah yang sentiasa menyampaikan kebenaran ilmu untuk kemaslahatan umat. Yang labih penting ialah mengajak manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah. Mengajak manusia dari kesesatan kepada bimbingan wahyu.
Dunia dakwah di negara kita kini berdepan dengan pelbagai rupa bentuknya yang mempunyai niat@matlamat tersendiri. Ada daie iaitu pendakwah yang menjadikan kerja dakwah sebagai keutamaan dalam hidup mereka. Ada daie yang berdakwah kerana minat, ada yang menjadi daie kerana ilmu, ada yang menjadi daie kerana berlakunya perubahan pada diri, bahkan ada yang bergelar daie kerana nakkan glamour, terkenal dan dihormati orang.

Fenomena artis berhijrah dari dunia lakonan & nyanyian kepada dunia islami yang mempamerkan watak sebagai mukmin, semakin mendapat perhatian. Ada yang menggelar mereka sebagai ustaz & ustazah mee segera/maggie mee, ada yang digelar ustaz & ustazah kangkong kerana cepat naik tapi kosong tanpa kekuatan ilmu...bahkan ada juga dikatakan berubah kerana sudah expired@tak laku dalam dunia lakonan & nyanyian maka beralihlah mencari makan dengan imej baru. Namun apa pun hakikatnya perubahan yang baik perlu disokong dan disertakan dengan niat yang ikhlas hanya mengharapkan redha Allah swt.
Namun apabila pihak berkuasa agama islam Selangor iaitu Jab. Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil beberapa orang artis yang berhijrah itu untuk dinilai dan diberikan tauliah kepada mereka bagi membolehkan mereka menyampaikan kuliah & ceramah di masjid serta surau di Selangor, menimbulkan sedikit keraguan sama ada penilaian keilmuan yang diambilkira atau kerana faktor permintaan menjemput mereka kerana nama yang boleh menarik kehadiran jemaah ke masjid & surau.
Jika persoalan ilmu yang diajukan, pastinya ada keraguan pada kebolehan keilmuan itu samada secara bersijil akademik mahupun pengajian tidak formal. Agaknya sejauh mana keilmuan islam yang dimiliki oleh mereka. adakah kerana hanya memakai tudung@kupiah & serban layak bergelar ustazah dan ustaz?
Terbaru tindakan JAIS memanggil 9 orang artis untuk dinilai dan diberikan tauliah bagi membolehkan mereka bergerak aktif menyampaikan ceramah di masjid dan surau sekitar Selangor, menimbulkan persoalan samada ianya disebabkan campur tangan politik bagi kepentingan pihak tertentu atau kerana ianya suatu tranformasi JAIS dalam memberikan tauliah untuk para pendakwah. Adalah kerana disebabkan oleh permintaan yang banyak dari masjid surau yang menjemput mereka, maka JAIS perlu memberikan tauliah..atau kerana banyaknya aduan yang diterima oleh JAIS tentang penglibatan mereka di masjid surau, untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang maka perlu diberikan tauliah pada mereka.!!!!

Dulu Y.Bhg Dr MAZA bekas mufti Perlis pernah ditangkap dan didakwa kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah di Selangor. Dari sudut keilmuan memang tidak wajar dipertikaikan kelayakan beliau, namun atas nama undang-undang tindakan tetap dibuat.
Lebih mengecewakan jika pihak JAIS memberikan tauliah kepada mereka dengan cara yang mudah iaitu tidak melalui proses biasa yang dilalui oleh pemohon yang lain yang perlu menjawab ujian bertulis dan juga ujian lisan bagi menilai tahap keilmuan. Jangan pula soalan dipermudahkan bagi memenuhi prosedur permohonan semata-mata supaya tidak dipertikaikan. JAIS perlu telus dalam melaksanakan amanah ini kerana ia melibatkan penghayatan agama islam yang perlu dipertahankan kesuciannya.
Agak mendukacitakan juga apabila para ilmuan muda yang bergelar ulamak muda dari parti UMNO yang juga memohon tauliah mengajar dari JAIS tetapi gagal dalam sesi temuduga. Adakah kegagalan itu kerana tidak boleh menjawab soalan berkaitan agama atau disebabkan oleh perbezaan ideologi politik? Adakah JAIS bebas dari campur tangan politik? Hanya pihak pengurusan JAIS yang dapat menentukannya. Sebagai warga Selangor, amat menyedihkan jika institusi masjid dan surau terus dibiarkan menjadi medan politik kepartian yang menyemai benih perpecahan dan kebencian sesama umat.
JAIS perlu telus dalam tindakan.

Tuesday, 30 October 2012

Kepentingan Agama vs Pentingkan Kuasa

Usaha dakwah yang dilaksanakan sejak dari zaman baginda Rasul s.a.w. telah memperlihatkan kejayaan kepada perkembangan syiar islam di seluruh dunia. Atas semangat cintakan agama itulah memperlihatkan wujudnya gelaran sebagai syuhada', mujahid, da'ie, merabbi dan banyak lagi gelaran yang memperlihatkan keistimewaan kepada para pencinta agama. Bahkan Allah swt memberikan keistimewaan kepada mereka yang berjuang keranaNya dalam beberapa firmanNya antaranya yang bermaksud "Sesungguhnya Allah membeli dari orang yang beriman itu, nyawa mereka dan harta benda mereka. sebagai gantinya Allah memberikan balasan syurga untuk mereka kerena mereka bermati-matian dijalan Allah, meraka sanggup membunuh dan dibunuh"

Antara kisah yang masyhur diperkatakan dalam sejarah dakwah adalah mengenai sahabat yang diutuskan berdakwah ke wilayah Rom oleh baginda Rasul saw. Kisah mengenai Abdullah b. Khuhafah ini banyak memberikan pengajaran untuk diteladani. Ketika beliau berdakwah di Rom, beliau ditangkap dan dihadapkan ke hadapan Maharaja Rom. Raja menawarkan sebahagian wilayah kekuasaan Rom diberikan kepadanya jika beliau sanggup berhenti dari menyampaikan dakwah Islam itu. Abdullah membacakan firman Allah dalam surah Al Haj ayat ke 41 yang bermaksud "Orang-orang yang diberikan kedudukan kepada mereka di atas muka bumi ini, tanggungjawab mereka hendaklah mengajak manusia mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyeru kepada yang baik dan mencegah perbuatan mungkar. Dan kepada Allah disandarkan segala urusan"
Prinsip yang ditunjukkan oleh para sahabat itu yang tidak tertarik dengan habuan keduniaan, pangkat, kuasa dan kedudukan, menyebabkan meraka semua dipenjara & diseksa oleh pemerintah.
Ketika Abdullah melihat para sahabatnya diseksa dan dibunuh kerana pertahankan akidah mereka, beliau menangis kesedihan. Maharaja bertanya 'adakah kamu takut dengan seksaan dan kamu tukar pendirian'... Abdullah menjawab 'Aku menangis kerana memikirkan aku hanya ada satu nyawa dan selepas ini aku akan mati. Alangkah baiknya jika aku memiliki banyaknya nyawa sebagaimana banyaknya bulu roma ditubuh badan aku...nescaya aku boleh mati dan hidup semula berulang kali untuk menyampaikan dakwah islam ini'
Jawapan itu sekali lagi merentap keegoan hati seorang Maharaja lantas beliau menawarkan pembebasan kepada Abdullah jika beliau sudi mengucup dahi Maharaja. Antara kehidupan untuk terus menyampaikan dakwah islam dengan kematian sebagai syuhada...Abdullah memilih untuk mengucup dahi Maharaja kerana nakkan kehidupan untuk terus berdakwah...
Berita kepulangan Abdullah b. Khuhafah bersama umat islam lainnya sampai ke pengetahuan Saidina Umar Al Khattab yang menjadi Khalifah ketika itu. Saidina Umar meraikan kepulangan para sahabat dengan penuh kegembiraan. Diceritakan segala apa yang dilalui oleh mereka semasa berdakwah kepada kerajaan Rom..sehinggalah saat beliau mengucup dahi Maharaja untuk diberikan pembebasan....
Saidina Umar apabila mendengar cerita itu lantas berkata "biarlah aku mengucup dahi kamu pada hari ini kerana kamu berjaya mengalahkan keinginan hati kamu, kepentingan diri kamu untuk bergelar syuhada, keegoan kamu diketepikan demi untuk hidup kerana agama Allah swt... 

Sedikit cerita dari peristiwa yang berlaku itu memberikan pengajaran yang sangat besar bagi menjawab persoalan yang berlaku dalam masyarakat islam di negara kita ini. Antaranya ialah:
1) Kedudukan Islam adalah lebih tinggi dan mulia berbanding segala tawaran & keistimewaan yang lain. Justeru, apabila bertembungnya keadaan antara kepentingan Agama Islam dengan kepentingan kuasa, maka dahulukanlah kepentingan agama. Ini sebagaimana yang di sabdakan oleh junjungan Nabi saw yang bermaksud 'Sesungguhnya islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi/utama darinya'
Janganlah kita lebih mementingkan hubungan baik dengan mereka yang berlainan akidahnya sehingga mengenepikan kepentingan islam yang membawa kepada prinsip 'berbeza akidah sama siyasah'.
Kerana pentingkan kuasa, kita sanggup gadaikan agama, biarkan agama islam dihina dicerca dan dipermain mainkan. Sedangkan kita diberikan peringatan oleh Allah dalam firmanNya ayat 8-9 surah Al-Mumtahanah yang bermaksud "Allah tidak melarang kita dari bersahabat dengan orang kafir selagi mana mereka tidak memusuhi agama kamu dan merancang untuk mengusir kamu dari tempat tinggal kamu.......tetapi Allah melarang kita dari berpakat dengan mereka apabila jelas mereka memusihi agama kita dan merancang untuk mengusir kita...."
Umat islam wajib menolak individu yang memusuhi islam dan mereka yang berpakat dengan orang kafir yang memusuhi islam.

2) Untuk mencapai kedudukan yang mulia disisi Allah, kita perlu mengorbankan kepentingan diri sendiri. Perasaan dendam, ego, sombong, riak dan angkuh, merupakan penyakit hati yang merosakkan segala ibadah & hubungan dengan Allah swt. Para ilmuan hendaklah utamakan kepentingan agama melebihi dari matlamat inginkan kuasa, pangkat dan harta. Apabila kedudukan islam tergugat/terancam, maka wajib kita pertahankannya walaupun terpaksa mengenepikan hasrat & cita-cita untuk mengusai Putrajaya.

3) Matlamat perjuangan orang kafir adalah kerana inginkan kekuasaan, harta, pangkat dan kemewahan sehingga matlamat menghalalkan cara. Sedangkan islam mengariskan tatacara yang penuh beradab untuk mencapai sesuatu matlamat. Kepentingan besar hendaklah didahulukan dari kepentingan kelompok kecil. Kepentingan umat mengatasi kepentingan parti. Ketepikan permusuhan, benci dan dendam kerana sayangkan Allah, sayangkan Islam , sayangkan umatnya dan sayangkan negara. Itulah prinsip siyasah Islamiyah yang membezakan perjuangan Islam dengan golongan bukan Islam adalah kerana prinsip Islam yang jelas untuk membela dan pertahankan agama. Jika islam dianggap sama sahaja dengan agama yang lain, maka ianya menyimpang dari prinsip siyasah dalam Islam dan wajib ditolak. 

Sejarah islam menunjukkan syiar islam berkembang dan berjaya mengusai dunia kerana kesatuan umatnya yang mementingkan pembelaan agama. Belum ada sejarah kejayaan kerajaan Islam tertegak dengan bantuan dari musuh-musuh Islam kerana mereka sememangnya golongan yang zalim 'sesungguhnya orang kafir itu sifatnya zalim'
Bersatulah kerana akidah walaupun berbeza siyasah.

Tuesday, 23 October 2012

Istilah yang gagal difahami

Sekularisme & Asabiah
Memetik ucapan Al-fadhil Dr. Uthman El Muhammady ketika membentangkang kertas kerja sempena seminar Dakwah Nasional ke 4 awal okt lalu, menyatakan dua istilah ini menjadi penyumbang kepada kekeliruan fahaman dalam masyarakat sehingga menyebabkan umat islam saling tuduh menuduh antara mereka. orang yang mentafsirkan erti Sekular tanpa merujuk kepada kamus dan juga sejarah yang berkait dengan dan menyebarkan fahaman asabiah tanpa merujuk kepada asbab periwayatan hadis oleh Baginda Nabi saw, merupakan parasit yang merosakkan umat islam. Sekular tidak boleh disamakan apa yang terjadi dibarat dengan senario politik dalam negara. Sekular itu adalah menolak penglibatan atau peranan agama dalam tadbir urus negara sehingga akhirnya para agamawan di barat hanya berperanan dalam Gereja. Rakyat yang inginkan sentuhan agama hanya boleh diperolehi dengan mengunjungi gereja. Ini berbeza dengan suasana politik negara kita yang tidak menolak pengaruh & kepentingan agama Islam, bahkan terlalu banyak aspek agama di terapkan dalam pentadbiran, dasar dan juga perundangan. Melebalkan Msia sbg negara sekular adalah satu tohmahan yang dangkal kerana cetek kefahaman mengenai konsep sekularisme itu. Lebih dangkal lagi jika menghasut rakyat untuk bangun menentang pemerintah atas alasan sekularisme vs Islamisme. Begitu juga dengan istilah Asabiah yang menjadi duri dikalangan umat islam sehingga melabelkan sesuatu puak sebagai Asabiah yang terkeluar dari ajaran Nabi saw. Yang dikatakan Asabiah ketika Baginda meriwayatkan hadis tersebut adalah merujuk kepada tindakan membela/mempertahankan kaum kamu/puak kamu yang melakukan dosa/kesalahan, sehingga mengenepikan keadilan. Oleh kerana dia orang kamu, pengikut kamu, kaum kamu, maka kamu bela dia/pertahankan dia, wlupun dia salah...itulah Asabiah namanya. Bukanlah membela kaum kerana kebaikan itu dianggap Asabiah. Bukanlah memperkatakan tentang Melayu itu Asabiah & bukan juga mempertahankan hak bangsa itu dianggap Asabiah. Fahaman Asabiah bukan berlaku pada sesuatu tema kaum seperti Parti Melayu, Bangsa Cina @ India...tetapi ianya adalah tindakan yang menafikan keadilan untuk semua manusia. Orang islam yang taksub dengan pemimpin mereka seolah-olah pemimpin maksum/trhindar dari salah silap, apa yang diperkatakan semua betul tanpa dihujahi dengan ilmu pun tetap percaya...itulah Asabiah. Pemimpin itu jahat, berbuat dosa, tapi kerana dia adalah pemimpin kamu & kamu pertahankan dia kerana dia pemimpin kamu..itulah Asabiah. Wahai orang melayu, janganlah melebalkan perjuangan untuk melayu itu Asabiah. Mempertahankan bangsa itu bukanlah Asabiah selagi mana tidak menyimpang dari keadilan & menafikan hak orang lain. Wallahhua'lam

BN

BN