Friday, 6 January 2012

Memahami makna kalimah/istilah

5 Januari 2012
MEMAHAMI MAKNA SESUATU ISTILAH SUPAYA PENGGUNAANNYA TEPAT

Islam datang dengan keistimewaannya tertentu yang berbeza dengan syariat para nabi terdahulu serta agama-agama lain. Kedudukan Al-Quran sebagai mukjizat kepada nabi dan ikutan sepanjang zaman, menjadikannya sebagai wadah yang terus relevan dan tidak kering untuk ditimba keilmuan serta keistimewaannya.
Begitu juga dengan tatacara kehidupan kita sebagai umat islam. Kelahiran kita disambut dengan diperdengarkan kalimah yang mulia iaitu azan dan iqamah, bahkan sunat juga dibacakan ayat-ayat Al-Quran tententu seperti surah Al-Qadr dan As-Sharhu. Bukan sekadar permulaan bagi kehidupan kita yang diperdengarkan dengan kalimah yang toiyyibah, bahkan pengakhiran kehidupan juga diharapkan diperdengarkan dengan kalimah yang tertentu iaitu syahadah. Ini bermakna mulanya kehidupan dengan memahami makna kalimah dan pengakhirannya juga dengan kalimah. Pengisian antara kehidupan dan kematian adalah bagi menepati tuntutan makna setiap kalimah dalam kehidupan.
Ini meletakkan kedudukan islam itu berbeza dengan agama yang lain. Sebagai contoh penggunaan kalimah Allah bagi orang islam adalah merujuk kepada Allah yang esa, yang satu sifatnya. Tetapi jika kalimah Allah juga digunakan oleh orang bukan islam seperti orang Kristian yang mahukan kalimah Allah digunakan dalam agama mereka, adakah maknanya sama sebagai mana Allah dalam agama islam? Sudah pasti tidak kerana Allah bagi kristian merujukkan kepada tuhan yang 3. Begitu juga dengan kalimah-kalimah lain yang memperlihatkan keistimewaan islam seperti zakat bagi orang islam bukan bermakna cukai, wasatiyyah bukan bermakna samarata, shahadah bukan bermakna persaksian sebagaimana saksi nikah atau saksi dalam mahkamah. Banyak lagi istilah-istilah yang memperlihatkan penggunaan kalimah yang maknya tidak boleh ditafsirkan secara umum.
Semalam seorang ulamak terkenal meletakkan kalimah Demontrasi sebagai kalimah biasa dalam islam dan mengatakan islam membenarkan Demontrasi bahkan umat islam dianjurkan berdemontrasi setiap hari iaitu sembahyang berjemaah, seminggu sekali berdemontrasi iaitu sembahyang jumaat, setahun dua kali berdemontrasi dalam sembahyang hari raya hatta demontrasi besar besaran umat islam iaitu ketika ibadah haji.
Inilah pemikiran yang memesongkan dan mencemarkan imej islam sebagai agama yang suci. Kalimah demontrasi merujuk kepada perbuatan menunjukkan sesuatu luahan rasa atau difahami juga sebagai tindakan yang dilakukan bagi menyatakan perasaan ketidakpuasan hati. Lazimnya demontrasi dilakukan kerana membantah sesuatu perkara...jarang sangat kita dapati demontrasi yang menepati kehendak undang-undang kerana yang baik itu selalunya disebut sebagai perarakan atau perhimpunan.
Umat islam melakukan ibadah bukan kerana meluahkan perasaan ketidakpuasan hati, tapi merujuk kepada syiar agama yang menganjurkannya sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Barang siapa membesarkan syiar Allah sesungguhnya mereka terdiri dari orang yang bertaqwa” alhaj 32. Amat malang sekiranya seorang tokoh agama melebelkan islam dengan imej yang ektreme...
Islam bukan agama yang mengajak umatnya berdemontrasi, tetapi mengajak kepada kesatuan ummah yang penuh dengan nilai murni seperti perpaduan, hormat menghormati, tidak melampau dalam perbuatan dan  meletakkan kepentingan umum mengatasi kepentingan individu.... Allahhuakbar
Berpolitik untuk agama...jangan jadikan agama bahan politik.

No comments:

BN

BN