Thursday, 8 September 2011

Menyatakan Kebenaran Walaupun Pahit...


Assalam.
Teringat saya pada surah Abasa....Dia (Nabi) berwajah masam dan berpaling kerana telah datang padanya seorang yang buta (Abdullah bin Umi maktum)........
Mengimbau sebab turunnya ayat ini adalah teguran Allah swt kepada diri Nabi saw. nabi ditegur kerana berpaling muka seolah memperlihatkan tidak sukanya pada kehadiran sahabatnya yang buta yang ingin bertanyakan perkara berkaitan agama islam ketika nabi sibuk melayan para pembesar, orang kenamaan, pemimpin2 yang datang berjumpa baginda. Allah tegur baginda dengan firman yang boleh kita baca sehingga hari ini. Walaupun teguran itu seolah-olah menjatuhkan maruah nabi...namun kerana ianya datang dari Allah dan sebagai peringatan untuk umatnya...maka ianya terus dibacakan sebagai ayat al-quran yang mulia.
Sifat berlapang dada...keterbukaan baginda untuk ditegur apabila melakukan kesilapan perlu dijadikan contoh. Baginda yang maksum sifatnya, terpelihara dari dosa dan dibimbing terus oleh Allah swt, namun masih memperlihatkan akhlak mulianya dengan menyatakan kebenaran...sifat benar yang menjadi sifat wajib bagi rasul.
Sejauh mana kebenaran dalam diri kita hari ini apabila memperkatakan sesuatu isu? Apakah kerana kebenaran yang dipertahankan atau kerana ianya orang kita, sama ideologi, sama parti, dia pemimpin kita maka apa pun yang dilakukan maka dia akan dipertahankan? itu bukanlah siddiq namanya...
Sifat benar adalah memperkatakan yang benar walau pun ianya pahit kerana tidak seperti yang kita kehendaki. Mempertahankan sesuatu yang salah adalah salah...menyalahkan orang lain kerana nak menutup kesalahan diri sendiri juga salah....mencari kesalahan orang juga salah....
Jika kita benar mengikut jalan agama yang benar...maka kita mesti berani kerana benar. Bukan cuba membenarkan sesuatu yang tidak benar.
Dalam sepotong hadis nabi yang bermaksud "setiap anak adam akan melakukan kesalahan dan dosa...sebaik baik orang yang salah dan berdosa ialah mereka yang bertaubat"
Janganlah suka menyalahkan orang lain apabila kesalahan itu dilakukan oleh anda....

No comments:

BN

BN