Thursday, 8 September 2011
Antara Pendakwah, politik dan pejuang....
Assalamualaikum.
Merujuk kepada firman Allah swt dlm surah At-taubah ayat 122 yang bermaksud "dan tidak sepatutnya orang2 mukmin semuanya pergi berperang. Mengapa sebahagian dari mereka tidak pergi memperdalamkan pengetahuan agama untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali agar mereka dapat menjaga diri mereka"
Antara intipati peringatan yang boleh diambil dari firman diatas adalah berkaitan dengan peranan yang boleh dimainkan oleh setiap orang mukmin dalam mencari redha Allah swt dan juga menyampaikan dakwah kepada masyarakat dengan cara tersendiri.
Saya tertarik menulis artikel ini kerana berdasarkan tinjauan dan pengalaman saya menyampaikan kuliah pengajian di masjid dan surau, saya dapati kecendorongan masyarakat yang suka meletakkan logo parti politik pada para ustaz. Jika ustaz itu tidak memperkatakan sebagaimana yg dikehendaki oleh mereka maka ustaz dilihat tidak sealiran...tetapi jika ustaz sampaikan sebagaimana yang diekehndaki maka ustaz itu dilihat bagus kerana menyatakan kebenaran....(kaitkan politik parti dalam ceramah)
Bukan semua perkara perlu dibicarkan atas kehendak politik...yang penting menyatakan kebenaran kerana kebenaran itu adalah dari Allah...dan tidak semua orang suka apabila ustaz turut dikaitkan dengan parti politik.
Biarlah kita berperanan sebagaimana yang terbaik utk dijadikan sebagai bekalan akhirat. Bagi yang nak berdakwah...sampaikan ilmu yang benar walaupun kadang kala kebenaran itu pahit untuk ditelan. Bagi ahli politik yang taksub dengan ideologi kepartian...teruskan peranan sebagai ahli politik kerana ianya juga penting..tanpa kuasa mungkin akan hilangnya agama...Bagi pejuang bangsa dan negara..teruskan perjuangan anda kerana yang akan dinilai disisiNya bukan apa yang anda harapkan tapi apa yang anda lakukan. Lakukanlah apa yang baik kerana hanya kebaikan mampu menjamin masa depan untuk semua.
Jangan mudah menuding jari menyalahkan orang lain...sedangkan diri sendiri tidak menyumpang apa2 untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.....wallahhua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment