Monday 23 September 2013

Umalak sebagai pembimbing

IMAM ASY-SYAUKANI RAHIMAHULLAH (WAFAT:1250H) MEMBERI AMARAN DENGAN MENYATAKAN:

ويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام

“Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya.

Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.”

(asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)

Menilai kematangan berpolitik

Politik antara kuasa & kebajikan
Agenda utama politik adalah untuk berkuasa yg dgn kuasa itu mmbolehkan trtegaknya syariat islam, kedaulatan sebuah negara islam serta kebajikan rakyat terpelihara. Untuk itu mana2 parti politik semestinya meletakkn maslahah umum atau kepentingan rakyat lebih utama dari kepentingan pemimpin atau puak sendiri. Kepentingan rakyat mengatasi keinginan pemimpin utk berk uasa dan mendapat kedudukan trtentu.
Dalam senario politik negara pada hr ini, kita berdpn dgn pelbagai pihak yg mempunyai agenda trtentu. Ada parti yg bersifat perkauman, ada yg terteraskan sentimen, ada berslogankan islam, ada yg mmperjuangkan kesamarataan dan yg memayungi serta melindungi hak sbgmn termaktub dlm perlembagaan. Persoalannya parti mn yg berupaya menjamin kebajikan rakyat serta mendaulatkan islam sbg teras agama dlm negara ini?
Apabila YAB PM mengumumkan langkah pemerkasaan ekonomi bumiputra, sbg rakyat sy merasakan itu adalah hak yg perlu ditunaikan oleh kerajaan yg berprinsipkan keadilan. Keadilan merujuk kpd siapa yg lemah memerlukan bantuan, ia mesti dibantu. Dlm kontek ekonomi msia, jelas kaum bumiputra jauh ketinggalan, maka selayaknya mrk dibantu agar adanya keseimbangan. Ini bertepatan dengan tuntutan ajaran islam yg menyuruh kita berlaku adil dan langkah membantu ekonomi bumiputra tidak menafikan bahkan tidak menghalang kaum lain dr memiliki kekayaan.
Dalam usaha memperkukuhkan ekonomi itu, ia berkait rapat dgn kuasa politik yg dimiliki oleh sesebuah parti. Dimasa kini kerajaan pusat yg ditunjangi oleh umno, memiliki kuasa politik kerana sokongan org melayu dan bumiputra. Justeru mnjd tgjwb mrk utk mmprjuangkan agenda bumiputra sbg salah satu matlamat utk mempertahankan kuasa politik. Warga bumiputra yg rasional pasti mnyokong usaha trsbt krn ianya asas kpd keadilan sosial. Ketidakseimbangan sosialekonomi pasti mengundang sentimen tidakpuasan hati yg blh mmbhayakan masa dpn negara, trutamanya dlm msyrakt majmuk. Namun suara2 sumbang yg lupa asal usul bangsanya msh kedengaran. Kononnya kerajaan berpaksikan perkauman dgn mengemukanan agenda melayu dan bumiputra, menafikan hak kaum2 lain dlm berekonomi. Suara ini disbbkn kebergantungan kuasa politik mrk pd pakatan antara parti utk berkuasa. Mrk cuba sembunyikn sentimen bangsa mrk krn menagih sokongan bangsa lain utk kekalkan kuasa politik. Mereka juga lupa hakikatnya mmperjuangkn kepentingan melayu itu adalah mmperjuangkan islam. Meningkatkan ekonomi melayu bermakna meningkatkan ekonomi umat islam yg sekaligus membolehkan syiar serta syariat islam sprt zakat, wakaf, sedekah ditingkatkan kerana melayu itu adalah islam.
Jika kebajikan rakyat mnjd keutamaan, PAS sewajarnya menyambut hasrat Umno bergabung bersama dlm BN. Gabungan ini pasti menguntungkan islam dan bumiputra. Pas wajar mncontohi bagaimana parti Gerakan yg dahulunya pembangkang sblm 1969, namun bergabung masuk BN dengan tawaran yg mnguntungkn mrk iaitu kuasa sbg ketua menteri P.Pinang hendaklah diberikan kpd Gerakan. Bayangkan jika Pas sedia bekerjasama dgn Umno dgn tawaran kerajaan negeri kelantan kekal ditadbir oleh Pas, mungkin ditambah dgn negeri2 lain spt Trengganu@Kedah juga ditadbir oleh Pas sbg prasyarat kerjasama politik. Pastinya islam lebih terpelihara, umat lebih sejahtera. Tidak timbul isu kafir mengkafir, fitnah memfitnah. Bajet pilihanraya juga lbh jimat dan maruah islam lbh trhormat. Persoalannya adakah kepimpinan Pas rela korbankan kepentingan politik mereka untuk kebajikan umat? Adakah slogan negera berkebajikan itu akan direalisasikan dgn meletakkan kepentingn majoriti mengatasi kepentingan minoriti...hanya pemimpin Pas shj yg selayaknya muhasabah ttg hal ini.
Sebagai NGO, Ikddas menyarakan agar kerjasama politik Umno dan Pas dpt direalisasikan dgn tawaran kerjasama yg menguntungkan umat. Bayangkan kerajaan perpaduan wujud dgn jaminan kuasa yg lbh kuat yg dgn itu pasti berupaya mendaulatkan syiar dan syariat islam. Sebagai rakyat, kita blh menilai antara parti politik manakah yg benar2 berupaya menerajui kepimpinan negara, dan parti manakah yg berpolitik hanya kerana kuasa dan kedudukan mereka.
Politik itu adalah kuasa dan kuasa itu digunakan utk membela kebajikan rakyat. Apa gunanya menang jika hak dan maruah semakin hilang.

Sunday 9 June 2013

Ramadhan Karim

Assalamualaikum warahmatullah

Berakhirnya rejab, datangnya syaaban menandakan akan tibanya Ramadhan karim.
Menjadi kebiasaan umat islam di negara kita di bulan Ramadhan, menganjurkan pelbagai program keagamaan seperti kuliah, tazkirah dan ceramah agama bagi menghidupkan suasana kemeriahan di bulan ini.
Ikddas sebagai sebuah intiti dakwah menawarkan tenaga kerja, para ustaz yang berkelayakan untuk mengisi slot slot ceramah sepanjang bulan Ramadhan yang mendatang.
kepada pihak yg berminat boleh berhubung lanjut dengan Ikddas..insyaallah.

Wednesday 5 June 2013

Penghayatan Isra' Mikraj

Selamat menyambut hari memperingati peristiwa Isra' Mikraj

Alhamdulilah kita masih diberi keizinan oleh Allah swt untuk meneruskan peranan dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya .
Sempena hari isra mikraj pada kali ini, marilah kita sama sama ingat memperingati antara kita, mudah mudahan sedikit peringatan dapat memberi manfaat untuk kita dan dinilai sebagai kebaikan disisiNya.
Peristiwa isra mikraj pasti memberi kesan yang besar dalam sejarah islam. Pengajaran dari peristiwa ini sentiasa relavan untuk dihayati setiap masa kerana ianya merupakan perancangan yang datang dari Allah yang maha bijaksana.

Di kesempatan ini ingin saya berkongsi 4 perkara sebagai renungan bersama dalam mengulas perihal sejarah yang didatangkan oleh Allah swt menerusi baginda rasulullah saw.

1. Kepentingan Ilmu
Islam berkembang menerusi kekuatan ilmu. Baginda rasul terlebih dahulu dibelah dadanya, dicuci hatinya dan dimasukkan hikmah, ilmu dan iman dalam hati sebelum memulakan perjalanan isra dan mikraj itu.
Ini memberi panduan kepada kita bahawa Allah swt mempersiapkan baginda antaranya dengan persiapan ilmu pengetahuan dan baginda rasul sentiasa menyampaikan setiap ilmu dengan penuh hikmah. Baginda tidak menyembunyikan ilmu...bahkan dengan kebenaran ilmu itu menjadikan baginda insan yang lebih disegani oleh kawan dan lawan.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap orang berilmu untuk menyampaikan ilmu secara benar untuk dijadikan panduan. Umat islam mesti berusaha menguasai segala cabang ilmu untuk menjadi umat yang berjaya lagi dihormati.
Dengan cahaya ilmu akan mengeluarkan manusia dari kegelapan kejahilan kepada bimbingan wahyu...bukan kegelapan disebabkan blackout...

2. Peranan baginda
Baginda rasul menunjukkan peranannya yang utama iaitu menyatupadukan umat manusia.    Jika kita benar benar mewarisi peninggalan baginda, maka peranan yang ditunjukkan oleh baginda mesti menjadi ikutan. Adakah ulamak yang mewarisi perjuangan para nabi berperanan untuk menyatupadukan umat? Apakah layak keluar dari mulut para ilmuan islam kata kata yang buruk yang membawa kepada perpecahan umat.? Apakah dikatakan ulamak jika menolak peranan para nabi?
Itu antara sedikit persoalan yang wajar direnung kerana peranan baginda yang menyatupadukan umat telah berjaya meletakkan islam di tahap tinggi, kuat dan dihormati. Sedangkan realiti kita hari ni, para ulamak saling bercakaran bahkan ada ulamak yang menentang usaha penyatuan dan perpaduan...

3. Akhlak
Baginda menunjukkan nilai akhlak yang terpuji. Hati yang bersih dari sifat dendam, kebencian, permusuhan dan segala mazmumah. Kekuatan akhlak telah berjaya menarik hati musuh untuk beriman....namun bagaimana dengan akhlak umat islam pada hari ini?
Bukankah yang menghadapi keruntuhan moral itu umat islam? Bukankahnyang dipalit dengan isu isu moral itu pemimpin islam? Bukankah masalah moral juga melanda pejuang islam? Apakah para ulamak juga menunjukkan akhlak yang menyimpang dari ajaran islam? Budaya caci hamun, cerca mencerca, fitnah dan tohmah seakan dihalalkan oleh para ulamak....adakah ini menepati akhlak baginda....

4. Sifat
Sifat terpuji yang dibawa oleh baginda adalah panduan terbaik intuk kita. Sifat pengasih lagi penyayang, sifat pemaaf, sifat benar, amanah, bijaksama dan menyampaikan sehala titah perintah dari Allah....sesungguhnya terlalu banyak sifat kepujian pada diri baginda.
Baginda tidak berdendam, baginda tidak menyuruh umatnya berdendam. Baginda tidak membenci dan baginda tidak menyemai kebencian walau pun sesama islam. Apakah ini berlaku dalam persekitaran hidup kita hari ini?

Sesungguhnya warisan peninggalan dari sejarah islam sangat luas dan segar untuk dihayati. Perbetulkan hati dan tindakan kita...insyaallah kita akan dapati islam semakin berkembang lagi dihormati

Monday 24 December 2012

7 Pesanan Rasullulah buat sahabat baginda utk renungan dan penghayatan kita umat Baginda saw.

Seorang sahabat Baginda yang terkenal dengan gelaran ahli suffah, iaitu golongan sufi yang sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Baginda saw bagi mendapatkan nasihat, pesanan dan tunjuk ajar dari Baginda ialah Abu Zhar r.a.
Berkata Abu Zhar r.a bahawa Baginda saw telah mewasiatkan kepadanya dengan 7 perkara.

1. Baginda menyuruh aku mencintai orang miskin dan mendekati mereka.
Dalam setiap masyarakat pasti ada golongan yang kurang berkemampuan iaitu fakir & miskin. kerana itu kita diperintahkan dengan ibadah zakat untuk membantu mereka. Mengasihi golongan miskin adalah tuntutan agama sebagai tanda syukur kita kepada nikmat Allah dan kita membantu sesama insan. Begitulah keindahan hidup bermasyarakat yang dianjurkan oleh Islam atas tanggungjawab saling bantu membantu serta menyumbang kepada kebaikan orang lain. Jangan mementingkan diri dan jangan menjadi orang yang menghalang orang lain untuk membantu orang miskin.

2. Baginda menyuruhku agar tidak meminta minta sesuatu kepada seseorang.
Rasulullah saw mengajar kita untuk berdikari, iaitu berusaha untuk mendapatkan segala nikmat yang datangnya dari anugerahNya. Budaya meminta minta tidak disukai oleh manusia tetapi disukai oleh Allah. Oleh itu kita disuruh memperbanyakkan berdoa kepadaNya. Ini berbeza dengan sifat manusia, apabila memberi sesuatu bantuan akan dianggap sebagai 'memakan budi' justeru kenalah mengenang budi. Mintaklah hanya pdNya yang maha berkuasa lagi maha kaya.

3. Baginda menyuruhku agar melihat kepada orang yang nasibnya lebih teruk dari aku, jangan melihat kepada orang yang nasibnya lebih baik dariku.
Dalam soal kehidupan kita didunia, kita tidak mampu untuk menandingi kekayaan dan kemewahan hidup yang dimiliki oleh orang lain. Justeru Baginda mengajar kita supaya syukur dan redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Syukur bila kita mendapat sesuatu nikmat yang mungkin tidak diperolehi oleh orang lain. Namun jika melihat kelebihan yang ada pada orang lain dibimbangi akan mengundang perbuatan yang salah seperti menipu, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya demi untuk mendapatkan kesenanan seperti orang lain. Oleh itu bersyukurlah kerana ada orang yang nasibnya lebih daif dan teruk dari kita...alhamdulilah. Dalam hal ibadah dan ilmu, kita disuruh untuk melihat orang yang labih banyak ibadahnya dan lebih alim dari kita supaya kita juga berusaha meningkatkan amalan dan keilmuan.

4. Baginda saw menyuruhku menghubungkan sillaturrahim walaupun orang itu membenci aku
Persaudaraan Islam adalah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam. Allah swt mengigatkan kita dgn firmannya yang bermaksud "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka perelokkanlah persaudaraan antara kamu"
Begitu juga dalam Hadis Baginda yang lain, Baginda menyatakan "tidak akan masuk syurga seseorang itu sehingalah dia beriman, dan tidak beriman sehingga ia berkasih sayang"
Persoalan sillaturrahim umat islam terhakis disebabkan oleh ketaksuban fahaman politik sehinga sanggup memutuskan sillaturrahim dan menyemai kebencian, dendam serta berpuak-puak yang akhirnya merugikan umat islam. Oleh itu janganlah kepentingan fahaman politik mengatasi tuntutan syariat islam.

5. Baginda menyuruhku berkata benar walaupun pahit.
Kebenaran yang mutlak adalah apa yang didatangkan oleh Allah iaitu Al Quran dan Hadis Baginda saw. Selain dari itu akan terdedah kepada kedaifan kita sebagai manusia yang tidak terlepas dari salah silap dan lupa. Prinsip kebenaran inilah menjadi tonggak bagi umat islam dalam melaksanakan segala urusan kehidupan mereka. Menyokong atas perkara yang benar, bukan kerana ianya datang dari ahli kumpulan @ jamaah yang sama, bukan kerana lambang@ logonya...tetapi pada benar @ salahnya sesuatu perkara.

6. Baginda menyuruhku agar tidak gementar menjalankan apa yang diperintahkan oleh Allah walaupun mendapat cercaan @hinaan dari manusia.
Memang akan ada manusia yang tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan..namun keredhaan manusia bukanlah matlamat utama kerana kita adalah hamba Allah bukan hamba manusia. Oleh itu jangan merasa terhina apabila ada manusia yang menghina dan mencerca kerana para Nabi dan Rasul juga dihina dan dicerca oleh sebahagian manusia yang memusuhi mereka. Apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul itulah keutamaan yang diambilkira.  

7. Baginda menyuruhku supaya memperbanyakkan ungkapan la haula wala quwwata illa billah   
Bergantungharaplah kepadaNya yang maha kuasa. Dialah yang menentukan setiap perkara. Baik buruk datang dari keizinanNya. Perbanyakkanlah mengucapkan kalimah ini sebagai tanda perhambaan kita hamba yang lemah lagi hina.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memperingati diri kita kembali kepada pesanan Baginda saw serta menambah kecintaan kita kepada Baginda bagi mendekatkan kita kepada redaNya.

sekian.

BN

BN