Wednesday, 5 June 2013

Penghayatan Isra' Mikraj

Selamat menyambut hari memperingati peristiwa Isra' Mikraj

Alhamdulilah kita masih diberi keizinan oleh Allah swt untuk meneruskan peranan dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya .
Sempena hari isra mikraj pada kali ini, marilah kita sama sama ingat memperingati antara kita, mudah mudahan sedikit peringatan dapat memberi manfaat untuk kita dan dinilai sebagai kebaikan disisiNya.
Peristiwa isra mikraj pasti memberi kesan yang besar dalam sejarah islam. Pengajaran dari peristiwa ini sentiasa relavan untuk dihayati setiap masa kerana ianya merupakan perancangan yang datang dari Allah yang maha bijaksana.

Di kesempatan ini ingin saya berkongsi 4 perkara sebagai renungan bersama dalam mengulas perihal sejarah yang didatangkan oleh Allah swt menerusi baginda rasulullah saw.

1. Kepentingan Ilmu
Islam berkembang menerusi kekuatan ilmu. Baginda rasul terlebih dahulu dibelah dadanya, dicuci hatinya dan dimasukkan hikmah, ilmu dan iman dalam hati sebelum memulakan perjalanan isra dan mikraj itu.
Ini memberi panduan kepada kita bahawa Allah swt mempersiapkan baginda antaranya dengan persiapan ilmu pengetahuan dan baginda rasul sentiasa menyampaikan setiap ilmu dengan penuh hikmah. Baginda tidak menyembunyikan ilmu...bahkan dengan kebenaran ilmu itu menjadikan baginda insan yang lebih disegani oleh kawan dan lawan.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap orang berilmu untuk menyampaikan ilmu secara benar untuk dijadikan panduan. Umat islam mesti berusaha menguasai segala cabang ilmu untuk menjadi umat yang berjaya lagi dihormati.
Dengan cahaya ilmu akan mengeluarkan manusia dari kegelapan kejahilan kepada bimbingan wahyu...bukan kegelapan disebabkan blackout...

2. Peranan baginda
Baginda rasul menunjukkan peranannya yang utama iaitu menyatupadukan umat manusia.    Jika kita benar benar mewarisi peninggalan baginda, maka peranan yang ditunjukkan oleh baginda mesti menjadi ikutan. Adakah ulamak yang mewarisi perjuangan para nabi berperanan untuk menyatupadukan umat? Apakah layak keluar dari mulut para ilmuan islam kata kata yang buruk yang membawa kepada perpecahan umat.? Apakah dikatakan ulamak jika menolak peranan para nabi?
Itu antara sedikit persoalan yang wajar direnung kerana peranan baginda yang menyatupadukan umat telah berjaya meletakkan islam di tahap tinggi, kuat dan dihormati. Sedangkan realiti kita hari ni, para ulamak saling bercakaran bahkan ada ulamak yang menentang usaha penyatuan dan perpaduan...

3. Akhlak
Baginda menunjukkan nilai akhlak yang terpuji. Hati yang bersih dari sifat dendam, kebencian, permusuhan dan segala mazmumah. Kekuatan akhlak telah berjaya menarik hati musuh untuk beriman....namun bagaimana dengan akhlak umat islam pada hari ini?
Bukankah yang menghadapi keruntuhan moral itu umat islam? Bukankahnyang dipalit dengan isu isu moral itu pemimpin islam? Bukankah masalah moral juga melanda pejuang islam? Apakah para ulamak juga menunjukkan akhlak yang menyimpang dari ajaran islam? Budaya caci hamun, cerca mencerca, fitnah dan tohmah seakan dihalalkan oleh para ulamak....adakah ini menepati akhlak baginda....

4. Sifat
Sifat terpuji yang dibawa oleh baginda adalah panduan terbaik intuk kita. Sifat pengasih lagi penyayang, sifat pemaaf, sifat benar, amanah, bijaksama dan menyampaikan sehala titah perintah dari Allah....sesungguhnya terlalu banyak sifat kepujian pada diri baginda.
Baginda tidak berdendam, baginda tidak menyuruh umatnya berdendam. Baginda tidak membenci dan baginda tidak menyemai kebencian walau pun sesama islam. Apakah ini berlaku dalam persekitaran hidup kita hari ini?

Sesungguhnya warisan peninggalan dari sejarah islam sangat luas dan segar untuk dihayati. Perbetulkan hati dan tindakan kita...insyaallah kita akan dapati islam semakin berkembang lagi dihormati

No comments:

BN

BN