Monday, 24 December 2012

7 Pesanan Rasullulah buat sahabat baginda utk renungan dan penghayatan kita umat Baginda saw.

Seorang sahabat Baginda yang terkenal dengan gelaran ahli suffah, iaitu golongan sufi yang sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Baginda saw bagi mendapatkan nasihat, pesanan dan tunjuk ajar dari Baginda ialah Abu Zhar r.a.
Berkata Abu Zhar r.a bahawa Baginda saw telah mewasiatkan kepadanya dengan 7 perkara.

1. Baginda menyuruh aku mencintai orang miskin dan mendekati mereka.
Dalam setiap masyarakat pasti ada golongan yang kurang berkemampuan iaitu fakir & miskin. kerana itu kita diperintahkan dengan ibadah zakat untuk membantu mereka. Mengasihi golongan miskin adalah tuntutan agama sebagai tanda syukur kita kepada nikmat Allah dan kita membantu sesama insan. Begitulah keindahan hidup bermasyarakat yang dianjurkan oleh Islam atas tanggungjawab saling bantu membantu serta menyumbang kepada kebaikan orang lain. Jangan mementingkan diri dan jangan menjadi orang yang menghalang orang lain untuk membantu orang miskin.

2. Baginda menyuruhku agar tidak meminta minta sesuatu kepada seseorang.
Rasulullah saw mengajar kita untuk berdikari, iaitu berusaha untuk mendapatkan segala nikmat yang datangnya dari anugerahNya. Budaya meminta minta tidak disukai oleh manusia tetapi disukai oleh Allah. Oleh itu kita disuruh memperbanyakkan berdoa kepadaNya. Ini berbeza dengan sifat manusia, apabila memberi sesuatu bantuan akan dianggap sebagai 'memakan budi' justeru kenalah mengenang budi. Mintaklah hanya pdNya yang maha berkuasa lagi maha kaya.

3. Baginda menyuruhku agar melihat kepada orang yang nasibnya lebih teruk dari aku, jangan melihat kepada orang yang nasibnya lebih baik dariku.
Dalam soal kehidupan kita didunia, kita tidak mampu untuk menandingi kekayaan dan kemewahan hidup yang dimiliki oleh orang lain. Justeru Baginda mengajar kita supaya syukur dan redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Syukur bila kita mendapat sesuatu nikmat yang mungkin tidak diperolehi oleh orang lain. Namun jika melihat kelebihan yang ada pada orang lain dibimbangi akan mengundang perbuatan yang salah seperti menipu, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya demi untuk mendapatkan kesenanan seperti orang lain. Oleh itu bersyukurlah kerana ada orang yang nasibnya lebih daif dan teruk dari kita...alhamdulilah. Dalam hal ibadah dan ilmu, kita disuruh untuk melihat orang yang labih banyak ibadahnya dan lebih alim dari kita supaya kita juga berusaha meningkatkan amalan dan keilmuan.

4. Baginda saw menyuruhku menghubungkan sillaturrahim walaupun orang itu membenci aku
Persaudaraan Islam adalah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam. Allah swt mengigatkan kita dgn firmannya yang bermaksud "sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka perelokkanlah persaudaraan antara kamu"
Begitu juga dalam Hadis Baginda yang lain, Baginda menyatakan "tidak akan masuk syurga seseorang itu sehingalah dia beriman, dan tidak beriman sehingga ia berkasih sayang"
Persoalan sillaturrahim umat islam terhakis disebabkan oleh ketaksuban fahaman politik sehinga sanggup memutuskan sillaturrahim dan menyemai kebencian, dendam serta berpuak-puak yang akhirnya merugikan umat islam. Oleh itu janganlah kepentingan fahaman politik mengatasi tuntutan syariat islam.

5. Baginda menyuruhku berkata benar walaupun pahit.
Kebenaran yang mutlak adalah apa yang didatangkan oleh Allah iaitu Al Quran dan Hadis Baginda saw. Selain dari itu akan terdedah kepada kedaifan kita sebagai manusia yang tidak terlepas dari salah silap dan lupa. Prinsip kebenaran inilah menjadi tonggak bagi umat islam dalam melaksanakan segala urusan kehidupan mereka. Menyokong atas perkara yang benar, bukan kerana ianya datang dari ahli kumpulan @ jamaah yang sama, bukan kerana lambang@ logonya...tetapi pada benar @ salahnya sesuatu perkara.

6. Baginda menyuruhku agar tidak gementar menjalankan apa yang diperintahkan oleh Allah walaupun mendapat cercaan @hinaan dari manusia.
Memang akan ada manusia yang tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan..namun keredhaan manusia bukanlah matlamat utama kerana kita adalah hamba Allah bukan hamba manusia. Oleh itu jangan merasa terhina apabila ada manusia yang menghina dan mencerca kerana para Nabi dan Rasul juga dihina dan dicerca oleh sebahagian manusia yang memusuhi mereka. Apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul itulah keutamaan yang diambilkira.  

7. Baginda menyuruhku supaya memperbanyakkan ungkapan la haula wala quwwata illa billah   
Bergantungharaplah kepadaNya yang maha kuasa. Dialah yang menentukan setiap perkara. Baik buruk datang dari keizinanNya. Perbanyakkanlah mengucapkan kalimah ini sebagai tanda perhambaan kita hamba yang lemah lagi hina.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memperingati diri kita kembali kepada pesanan Baginda saw serta menambah kecintaan kita kepada Baginda bagi mendekatkan kita kepada redaNya.

sekian.

No comments:

BN

BN