Wednesday, 19 December 2012

Kembali kepada fitrah keinsanan


Assalamualaikum

Kembali kepada fitrah keinsanan.

Hakikat penciptaan manusia mendapat pengiktirafan dari Allah swt sebagai sebaik baik penciptaan. Firman Allah dalam surah At-Tin menjadi pertimbangan yang wajib diambilkira dalam mencorakkan tatacara kehidupan. Ini kerana penciptaan sebagai sebaik-baik mahkluk bukanlah jaminan kepada darjat kemuliaan manusia yang berpanjangan. Ini kerana darjat kemuliaan itu akan jatuh ketahap yg hina apabila hilangnya iman dan amal soleh dalam kehidupan manusia.
Selain dari peringatan wahyu sebagai perbandingan untuk manusia, Allah swt juga mencipta makhuk lain iaitu haiwan. Ini kerana sifat kemanusiaan dan sifat kebinatangan adalah berlawanan. Namun sifat kebinatangan mudah didapati dalam masyarakat manusia, berbanding sifat kemanusiaan tidak ada dalam naluri kebinatangan. Dalam dunia binatang, persaingan wujud kerana 3 perkara utama iaitu:
1. Persaingan merebut kuasa / wilayah
2. Persaingan merebut hak dominasi keturunan/hak mengawan
3. Persaingan merebut makanan/mangsa
Kita dapati senario alam haiwan sudah menular dalam kehidupan manusia apabila persaingan merebut kuasa/wilayah mendapat tempat utama dalam persaingan politik. Jika haiwan muda ingin mengusai sesuatu kawasan, ia perlu bersaing dan mengalahkan ketua sedia ada yang mendominasi kawasan. Persaingan secara kekerasan menjadi amalan biasa dunia haiwan, namun luar biasa bagi manusia. Manusia bersaing secara ilmiah@berpandukan kekuatan ilmu, bukan kekerasan@keganasan. Namun mutakhir ini, ada manusia yang bertindak ganas dorongan ingin berkuasa dan menguasai kawasan/wilayah. Wujudnya budaya samseng, peras ugut, bahkan penderaan bagi menunjukkan kuasa. Lebih teruk jika seseorang itu dihormati bukan kerana kemuliaan dirinya,tapi kerana rasa takut orang pada kejahatannya. Dia mengawal kumpulan kongsi gelap, mengawal perniagaan haram dan itu menjadikannya berkuasa. Jika itulah dunia politik manusia yang menyokong kerana takut pada kejahatan seseorang..apa bezanya dengan haiwan yang bersaing secarag keras dan ganas.
Dunia haiwan juga berlaku perebutan bagi menguasai hak bersosial. Hanya yang menang sahaja akan mendapat hak mengawan untuk memastikan kesinambungan zuriat mereka. Bahkan dalam dunia haiwan yang ganas seperti singa dan harimau, akan berlaku pembunuhan bagi anak-anak yang lahir dari zuriat jantan dominan yang dah dikalahkan oleh jantan baru. Hal sebegina sebenarnya untuk mendidik tatacara kehidupan bagi munusia supaya mengambil berat perihal generasi akan datang. Jika dunia haiwan yang berpaksikan keganasan pun menekankan perihal kepentingan keturunan, maka sayogianya manusia memastikan kebersihan zuriat terpelihara menerusi perkahwinan. Hubungan sek bebas adalah budaya hidup para haiwan, namun kedapatan manusia yang membina kekayaan melalui pemerdagangan manusia, aktiviti persundalan dan pelacuran yang semakin berleluasa. Tidakkah  itu mencerminkan kehinaan hidup manusia. Senario ini semakin membimbangkan kerana ia semakin berkembang disebalik nama pusat refleksologi, rumah urut & spa, serta di pusat hiburan. Negeri selangor didapati mengalami kadar pertumbuhan pusat hiburan dan rumah urut yang sangat luar biasa. Justeru langkah pencegahan kepada kerosakan tatacara kehidupan keinsanan perlu dilakukan bagi mengembalikan landasan fitrah hidup manusia secara beretika dan persyariat.
Dunia haiwan juga bersaing kerana makanan@ mangsa. Siapa yang kuat akan mengusai makanan, ketua akan makan dahulu. Yang lemah akan dapat sisa@ dapat perhatikan sahaja. Realiti sebegini mulai merebak dalam kehidupan manusia. Dalam dunia perniagaan contohnya, yang kuat akan dapat habuan yang banyak, akan diberikan keutamaan. Dalam bidang politik juga sebegitu, orang yang berpengaruh dan berkuasa akan dimulia serta diberi keutamaan. Lebih dahsyat lagi jika yang berkuasa itu memilih untuk membantu pada mereka yang menyokong@mengundi mereka sahaja. Ini tidak ubah seperti kelompok dubok iaitu spesis anjing liar yang apabila mendapat habuan, hanya kelompoknya sahaja yang boleh berkongsi. Dubok lain walaupun dari spesis yang sama tapi ketuanya lain, akan diusir dari mendapat habuan. Jika sebegini amalan politik yang diamalkan, jelas ia semakin jauh dari ketamadunan hidup manusia yang menepati fitrah keinsanan...bahkan jauh dari mengharapkan redha Allah swt. Penghinaan pada disebabkan oleh tindakan mereka sendiri yang menyimpang dari landasan etika keinsanan, walaupun disorak dengan laungan reformasi, laungan takbir serta hak asasi, namun hakikatnya hanya kembali kepada kemunduran yang berpunca dari dendam, benci, irihati hatta kesombongan yang telah ditinggalkan bagi mencapai status kemajuan.
Moral yang perlu dihayati ialah perlunya kita kembali kepada fitrah keinsanan yang membina kehidupan berpaksikan keadilan serta bimbingan wayhu. Matlamat untuk ke putrajaya, laungan berubah kerana nakkan kuasa, kehidupan sosial yang menolak prinsip kerohanian serta amalan diskriminasi berasaskan sokongan, jelas menyimpang dari landasan menuju kemakmuran, negara berkebajikan serta prinsip keadilan. Kembalilah kepada tatacara fitrah keinsanan yang membina kehidupan dengan kasih sayang, tidak membenci tidak mendendam. Perbezaan ideologi hanya sewaktu membuat keputusan undian, bukan berpanjangan sehingga menafikan hak mendapat bantuan, itulah kezaliman yang jelas perlu ditentang.
Jangan biarkan tatacara kehidupan seperti alam kebinatangan menghakis nilai keinsanan yang mengambil masa sekian lama untuk dibangunkan. Selamatkan negara, sejahterakan ummah.

No comments:

BN

BN