Tazkirah: Jangan Cenderung Kepada Orang Yang Zalim
Allah swt mengingatkan kita dalam firmannya surah Hud ayat 113 “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman kelak kamu akan disambar oleh api neraka, dan tidak ada bagimu pemimpin selain dari Allah kemudian kamu tidak akan mendapat pertolongan”
Dalam sebuah Hadis Baginda Rasullullah pernah mengingatkan “Barangsiapa berdoa untuk mengekalkan orang yang zalim maka bererti dia gembira adanya kederhakaan kepada Allah diatas muka bumi ini”
Dalam hadis yang lain Baginda mengingatkan “Barangsiapa mengadakan sesuatu yang baik maka baginya ganjaran pahala sepertimana orang yang mengerjakan perbuatan baik itu, dan barangsiapa mengadakan sesuatu yang buruk maka baginya dosa dari perbuatan itu dan dosa orang yang mengerjakannya”
Saidina Umar r.a pernah meriwayatkan sepotong Hadis dari baginda yang bermaksud “Ditanyakan kepada Nabi saw, siapakah manusia yang paling dicintai oleh Allah taala? Baginda menjawab...orang yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya. Ditanya lagi apakah amal yang paling utama? Baginda menjawab....menggembirakan hati orang mukmin, menghilangkan rasa lapar mereka serta meringankan kesulitan mereka atau membayar hutang mereka....”
Daripada beberapa dalil diatas dapat dijadikan hujah bahawa manusia yang dicintai oleh Allah swt ialah mereka yang melakukan kebaikan, memberi manfaat untuk orang lain dan mampu mewujudkan suasana yang kondusif dalam masyarakat. Selari dengan tujuan agama islam itu sendiri iaitu menjamin kesejahteraan untuk ummat manusia...maka islam menentang keras sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan kezaliman sesama manusia.
Dalam kontek semasa pada hari ini, masyarakat mampu menilai kebaikan dan kejahatan yang dilakukan oleh seseorang. Ditanyakan kepada saya..bagaimana pendapat ustaz tentang isu komunis sebagai pejuang kemerdekaan? Maka jawapan saya...sejarah negara diperakui bahawa komunis adalah zalim, banyak melakukan pembunuhan kepada orang awam dan juga anggota keselamatan. Ideologi mereka juga bertentangan dengan islam iaitu mereka tidak percaya kepada kewujudan tuhan. Justeru..oleh kerana dikenali dengan kezaliman mereka maka menyokong mereka yang zalim adalah salah...haram hukumnya...
Bagaimana dengan segelintir pemimpin yang menyokong perjuangan mereka? Teringat saya cerita tentang Hajjaj b. Yusof As-Saqafi..seorang tabiin yang terkenal kerana kezalimannya. Beliau dilantik menjadi panglima oleh Khalifah Yazib b. Muawiyah dan kemudiannya menjadi Gebenor di Iraq. Suffian AsSauri seorang ulamak terkenal telah didatangi oleh tukang jahid yang membawa bersamanya jubah Hajjaj yang koyak. Ditanyakan apakah boleh beliau menjahid jubah tersebut...maka ditegah oleh ulamak kerana Hajjaj adalah seorang yang zalim...menolong orang zalim samalah seperti melakukan kezaliman juga...
Walaupun komunis dikatakan berjuang menentang penjajah...namun hakikatnya mereka melakukan kezaliman yang dahsyat. Jangan kita terpengaruh dengan mainan politik secara membabi buta yang tidak berpaksikan agama kerana mungkin kita tergolong dalam kumpulan yang bakal disambar oleh api neraka.....wallahhua’lam.
No comments:
Post a Comment