Allah Subhanahu wa Taa’la berfirman: “Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal”. Dalam satu hadis, baginda RASULULLAH (SAW) bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Hadis riwayat Muslim dan Ibnu Majah). ” Jelas dari kedua-dua dalil ini, Allah melarang sama sekali kita menghina bentuk dan rupa paras seseorang kerana apa yang dinilai dalam diri manusia itu adalah hati mereka. Allah juga menyuruh agar manusia menghormati sesame manusia. Satu bangsa menghormati bangsa yang lain. Baru-baru ini terjadi satu peristiwa yang agak panas. Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menghina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai ‘hitam metalik’. Kata beliau: “Bezanya Pulau Pinang, kita ada kawan baik Mat Sabu, Lim Guan Eng…di negeri Perak darul kartun ini, kita ada Menteri Besar hitam metalik..yang haram jadah itu..”, katanya. Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis, dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Perak pada 9 November lepas. Lebih parah, Nga Kor Ming tidak mahu mengaku SALAH dan menyelar RAKYAT Malaysia yg menyerang beliau sebagai "ignorance people." “Perkataan itu menyinggung perasaan semua orang Melayu kerana haram jadah ialah perkataan paling hina yang bermaksud dalam Bahasa Inggeris ialah `bloody bastard.’ Di Amerika Syarikat sendiri perkataan `black’ sudah ditukar kepada Afrika Amerika. Dalam permohonan maafnya tempohari, Nga yang juga Anggota Parlimen Taiping dan Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis turut mendakwa kenyataannya disalah tafsir dan tidak membenci Zambry dan hanya merujuk pengambilalihan kerajaan negeri Perak oleh BN yang dianggapnya tidak sah. Senangnya Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mahu melepaskan leher beliau setelah bersikap rasis dan memaki hamun Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Kepada yang berkulit gelap didalam majlis tu, apa perasaan anda mendengar kata-kata yang melabelkan org berkulit gelap ini sebagai "Hitam Metalik"??? Kepada yang beragama Islam dan berbangsa Melayu yang ada didalam majlis berkenaan, apakah perasaan anda mendengar seorang kafir laknat mengatakan kepada saudara seagama dan sebangsa anda dengan perkataan "Haram Jadah"??? Ini bukanlah pertama kali pemimpin-pemimpin DAP memperlekehkan masyarakat berbilang kaum terutamanya orang Melayu dan India. Sebelum ini pun, Setiausaha Politik DAP ADUN Bagan Dalam Leong Yook Kong, melalui laman twitter beliau mengibaratkan masyarakat India lebih hina dari ular. “If they see the snake and Indian man, pukul siapa first? (Siapa yang sepatutnya dibunuh terlebih dahulu ... ular atau orang India?) Begitu juga kenyataan ADUN Komtar Ng Wei Aik yang mengarahkan India Muslim di Pulau Pinang pulang ke India adalah satu penghinaan, berbau perkauman dan paling rasis keluar dari mulut pemimpin DAP. Kenyataan beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang dibuat setelah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk menyita kedai nasi kandar Mohamad Aliyar pada 3 Januari 2011. Ini adalah realiti apabila DAP mula memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang ... Belum lagi memegang tampuk pemerintahan negara nanti !!! Peristiwa yang berlaku di Perak pada hari ini adalah rentetan daripada peristiwa yang berlaku di tempat-tenpat lain sebelum ini. Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau juga pernah mendakwa, adanya perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera menyebabkan wujudnya amalan aparteid dalam pentadbiran negara ini. Dakwaan itu bukan kali pertama keluar daripada mulut Cheng Hau. Tahun lalu, beliau pernah menyatakan amalan ‘bumiputeraisme’ atau pemikiran membantu golongan bumiputera di negara ini menyamai dasar aparteid di Afrika Selatan suatu masa dahulu. Walaupun dibantah oleh banyak pihak ketika beliau mengeluarkan kenyataan yang sama sebelum ini, ia tidak menghalang wakil rakyat DAP itu mengulanginya lagi. Kenyataan sebegini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berniat mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Hakikatnya di Malaysia, semua kaum mendapat layanan yang baik oleh pihak kerajaan. Perayaan kaum disambut bersama sehingga ada majlis khas untuk sambutan peringkat nasional kaum Cina. Melihat sekolah Cina dan India yang ada di Negara ini sedangkan mereka adalah kaum minoriti, satu lagi bukti keterbukaan kerajaan dalam masyarakat majmuk. Mana ada negara dalam dunia yang bahasa ibunda kaum minoriti mendapat layanan begitu istimewa. Jika ada, cuba nyatakan di mana selain di Malaysia ini ? Tidak usah pergi jauh, jengoklah realiti di Singapura selain Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, parti-parti Cina diketuai DAP menolak sistem pendidikan satu bahasa sedangkan ia dilaksanakan di seluruh dunia. Dari segi kebebasan berpolitik, jika Cheng Hau menjadi pembangkang di Singapura, orang mulut celupar seperti beliau akan tertindas bagai singa bisu tanpa taring. Malah kekayaan negara ini terus ‘dijajah’ oleh kaum Cina. Terlalu banyak petunjuk, bukan setakat kedai motosikal, kedai tayar bahkan kawasan komersial, rumah-rumah kedai serta pemilikan kebanyakan hartanah di seluruh negara adalah milik orang Cina. Hampir kesemua pekan dan bandar termasuk pusat membeli-belah dikuasai perniagaannya oleh kaum tersebut. Itu belum bercakap tentang senarai teratas individu terkaya yang sebahagiannya menikmati monopoli bidang bisnes tertentu atas pemberian kerajaan. Pertumbuhan pesat akhbar Cina yang menikmati keuntungan besar hasil pendapatan iklan amat lumayan kerana sokongan masyarakat perniagaan kaum itu serta edaran naskhah yang tinggi, adalah antara petunjuk jelas kekayaan kaum Cina di semua peringkat. Bukan itu sahaja, akhbar-akhbar Cina lebih menikmati kebebasan dalam laporan mereka sehingga kelihatan begitu rasis. Apakah ini semua boleh dianggap kerajaan bersikap rasis? Di Malaysia, sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa keistimewaan Melayu dan kaum bumiputera tidak harus dipersoalkan. Lagipun, selama DEB dilaksanakan, kepentingan kaum lain tidak pernah diabaikan dengan kaum Cina terus menguasai ekonomi negara. Harta mereka tidak dirampas sebagaimana berlaku di Zimbabwe. Cheng Hau turut menyatakan bahawa jika pakatan pembangkang memerintah, DAP memberi jaminan bahawa Pas tidak akan mampu menubuhkan negara Islam, walaupun Nik Aziz menjanjikannya. Mesejnya, DAP adalah dominan dalam pakatan pembangkang. Parti itu tidak tunduk kepada Pas. Saudara-saudara dalam parti PAS perlu sedar akan petualang DAP yang memperkudakan mereka semahunya. Dalam kes di Perak tempohari, Pas juga mesti bertanggungjawab kerana kenyataan Nga itu dibuat atas pentas ceramah Pas dengan sambutan dan sorak anggota mereka. Sehingga kini Pas masih membisu. Apa pendirian mereka dalam hal ini? Apakah diam bermakna mereka merestui kenyataan rasis Nga itu ? Permohonan maaf juga tidak dapat diterima. Tidak dapat difikirkan apakah jampi serapah yang digunakan oleh DAP sehingga PAS begitu taat setia meskipun terpaksa menggadai maruah agama dan bangsa. Isu kalimah Allah, isu pemurtadan saudara seagama oleh gereja DUMC, isu Negara Islam yang ditukar kepada Negara berkebajikan, Isu hudud yang mendapat tentangan yang cukup lantang dari DAP, isu Arak di Shah Alam dan yang terbaru Isu Seksualiti Merdeka. Sebenarnya sudah terlalu banyak perkara yang haram menjadi halal, yang berdosa menjadi pahala, yang batil menjadi hak, yang palsu menjadi benar, yang kufur menjadi "Islamik".Hingga mereka sudah tidak tahu membezakan yang mana satu aqidah, yang mana satu siasah! Mereka menjadi buta kepada perbezaan tauhid dan maqasid! Mereka menjadi tuli kepada perbezaan aqidah dengan wadah! Ayuhlah saudara-saudara di dalam PAS, bukalah mata, lihat lah siapa sebenarnya musuh kita!!!
No comments:
Post a Comment