Melihat perkembangan politik negara yang sangat rancak memperkatakan bilakah akan berlakunya PRU13. Antara parti-parti politik ada yang begitu yakin dengan gerak kerja yang telah dijalankan sekian lama dan ada juga yang masih teraba raba mencari formula untuk berkuasa.
Namun apa pun natijahnya selepas PRU13 nanti, pasti ianya bakal mencorakkan landskap politik negara untuk satu tempoh masa sekurangnya 5 tahun.
Sebagai pengundi yang berhak memilih, saya memikirkan beberapa andaian yang belum pasti namun ianya sangat menarik dan penting untuk dibincangkan.
1. Siapakah bakal Perdana Menteri Msia sekiranya bukan BN yang menang dalam PRU13?
Apa yang pasti Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan bahawa PM mesti dikalangan orang melayu dan islam. Berbeza dengan undang-undang tubuh negeri yang meletakkan syarat MB mesti dikalangan orang melayu dan islam. Apakah bakal terciptanya sejarah baru negara apabila jawatan PM disandang oleh orang bukan melayu? Adakah orang melayu sebagai kaum majoriti dapat menerima dan akur dengan keputusan berikut? Adakah Pakatan Rakyat akan membenarkan ianya terjadi atas dasar Demokrasi...atau PAS lebih rela bergabung dengan UMNO untuk pastikan orang melayu dan islam terus berkuasa?
2. Siapakah bakal Timb. Perdana Menteri?
Jawatan TPM sejak dulu lagi belum pernah disandang oleh orang bukan melayu. Wlupun trdptnya cadangan dari parti2 komponen BN atas hasrat perkongsian kuasa, namun ianya masih mengekalkan tradisi melayu. Jika BN masih berkuasa saya yakin tradisi itu masih kekal...namun sekiranya peralihan berlaku, apakah ianya masih relavan untuk dipertahankan@pastinya mengundang perubahan seperti diberikan kepada orang bukan melayu, dilantik 2 orang TPM iaitu dari Cina dan India...atau tambah 1 utk Bumiputra Sarawak/Sabah....
3. Bagaimana komposisi kaum dalam kabinet?
Pecahan porfolio dalam kabinet kerajaan juga akan berubah. Pastinya parti yang mndapat kerusi yang banyak akan menuntut hak yang lebih. Apa yang berlaku di Perak selepas PRU12 yang lalu mungkin sesuai dijadikan panduan....bagaimana DAP menguasai barisan kabinet kerajaan negeri. Bagaimana pula dengan kedudukan menteri2 kanan spt KDN, MOF, Pelajaran, Pengajian Tinggi dan lain-lain lagi?
4. Siapa bakal Ketua Menteri?
Bagi negeri Penang memang dah pasti jawapannya kekal pada DAP dan cina...namun bagi negeri lain seperti Melaka, Sabah dan Sarawak....apakah juga bakal menyaksikan perubahan dari orang islam kepada bukan islam? Adakah rakyat di negeri2 ini bersedia dengan perubahan yang bakal berlaku? Adakah kaum yang majoriti bersedia untuk diperintah oleh kaum yang minoriti?
5. Bagaimana komposisi kaum dalam barisan EXCO Kerajaan Negeri?
Senario di Selangor pada masa kini adalah gambaran yang tepat bagaimana pola pecahan kaum dalam kabinet kerajaan negeri yang bertukar dari BN ke PR. Jelas paling ketara adalah peratusan pecahan menggambarkan ketidakadilan apabila didominasi oleh kaum Cina. Rakyat Sgor majoritinya adalah orang melayu, sepatutnya bilangan EXCO juga mesti ramai dari kalangan orang melayu....namun hakikatnya Taresa Kok, E.Wong, Ronnie dan Jayakumar yang menonjol sbg wira...
6. Kedudukan Perlembagaan Persekutuan, YDPA, DYMM Raja-raja dan Agama Islam.
Implikasi paling besar ialah apabila Perlembagaan Persekutuan tidak lagi diterima pakai sebagai panduan, sebaliknya diperkenalkan perlembagaan baru yang belum pasti sejauh mana ianya menjamin hak dan keadilan. Apakah kedudukan sistem Raja Berperlembagaan juga akan kekal atau bakal menemui noktah dengan digantikan oleh sistem Demokrasi Mutlak seperti kebanyakan negara Eropah atau Republik yang bakal menabalkan Presiden Msia yang pertama?
Begitu juga dengan status istimewa Agama Islam yang mengatasi kedudukan agama2 lain ketika ini...adakah kebebasan mutlak bakal diberikan kepada semua rakyat untuk memilih agama mereka? Adakah semua agama diberikan hak yang sama iaitu mendapat peruntukan kewangan dari kerajaan dan bebas menjalankan aktiviti keagamaan kepada semua rakyat?
Persoalan2 yang dikemukan di atas adalah andaian yang mungkin berlaku sekiranya tsunami politik terus melanda. Ini adalah berdasarkan riak-riak yang wujud dari kalangan parti Pembangkang ketika ini yang sangat ghairah untuk membentuk kerajaan persekutuan. Pastinya banyak perubahan akan berlaku kerana PR pasti tidak mahu legasi BN terus terpalit pada mereka sekiranya berkuasa....
6 perkara yang boleh menjahanamkan negara jika menimbulkan konflik yang boleh menggugat keharmonian masyarakat dan negara.
Semoga Malaysia dipelihara dari segala musibah yang mendukacitakan....amin
Fikir-fikirkan bersama untuk masa depan yang bermakna
No comments:
Post a Comment