Sekularisme & Asabiah
Memetik ucapan Al-fadhil Dr. Uthman El Muhammady ketika membentangkang kertas kerja sempena seminar Dakwah Nasional ke 4 awal okt lalu, menyatakan dua istilah ini menjadi penyumbang kepada kekeliruan fahaman dalam masyarakat sehingga menyebabkan umat islam saling tuduh menuduh antara mereka. orang yang mentafsirkan erti Sekular tanpa merujuk kepada kamus dan juga sejarah yang berkait dengan dan menyebarkan fahaman asabiah tanpa merujuk kepada asbab periwayatan hadis oleh Baginda Nabi saw, merupakan parasit yang merosakkan umat islam.
Sekular tidak boleh disamakan apa yang terjadi dibarat dengan senario politik dalam negara. Sekular itu adalah menolak penglibatan atau peranan agama dalam tadbir urus negara sehingga akhirnya para agamawan di barat hanya berperanan dalam Gereja. Rakyat yang inginkan sentuhan agama hanya boleh diperolehi dengan mengunjungi gereja. Ini berbeza dengan suasana politik negara kita yang tidak menolak pengaruh & kepentingan agama Islam, bahkan terlalu banyak aspek agama di terapkan dalam pentadbiran, dasar dan juga perundangan.
Melebalkan Msia sbg negara sekular adalah satu tohmahan yang dangkal kerana cetek kefahaman mengenai konsep sekularisme itu. Lebih dangkal lagi jika menghasut rakyat untuk bangun menentang pemerintah atas alasan sekularisme vs Islamisme.
Begitu juga dengan istilah Asabiah yang menjadi duri dikalangan umat islam sehingga melabelkan sesuatu puak sebagai Asabiah yang terkeluar dari ajaran Nabi saw. Yang dikatakan Asabiah ketika Baginda meriwayatkan hadis tersebut adalah merujuk kepada tindakan membela/mempertahankan kaum kamu/puak kamu yang melakukan dosa/kesalahan, sehingga mengenepikan keadilan. Oleh kerana dia orang kamu, pengikut kamu, kaum kamu, maka kamu bela dia/pertahankan dia, wlupun dia salah...itulah Asabiah namanya. Bukanlah membela kaum kerana kebaikan itu dianggap Asabiah. Bukanlah memperkatakan tentang Melayu itu Asabiah & bukan juga mempertahankan hak bangsa itu dianggap Asabiah. Fahaman Asabiah bukan berlaku pada sesuatu tema kaum seperti Parti Melayu, Bangsa Cina @ India...tetapi ianya adalah tindakan yang menafikan keadilan untuk semua manusia. Orang islam yang taksub dengan pemimpin mereka seolah-olah pemimpin maksum/trhindar dari salah silap, apa yang diperkatakan semua betul tanpa dihujahi dengan ilmu pun tetap percaya...itulah Asabiah. Pemimpin itu jahat, berbuat dosa, tapi kerana dia adalah pemimpin kamu & kamu pertahankan dia kerana dia pemimpin kamu..itulah Asabiah.
Wahai orang melayu, janganlah melebalkan perjuangan untuk melayu itu Asabiah. Mempertahankan bangsa itu bukanlah Asabiah selagi mana tidak menyimpang dari keadilan & menafikan hak orang lain.
Wallahhua'lam
No comments:
Post a Comment