Tuesday, 30 October 2012

Kepentingan Agama vs Pentingkan Kuasa

Usaha dakwah yang dilaksanakan sejak dari zaman baginda Rasul s.a.w. telah memperlihatkan kejayaan kepada perkembangan syiar islam di seluruh dunia. Atas semangat cintakan agama itulah memperlihatkan wujudnya gelaran sebagai syuhada', mujahid, da'ie, merabbi dan banyak lagi gelaran yang memperlihatkan keistimewaan kepada para pencinta agama. Bahkan Allah swt memberikan keistimewaan kepada mereka yang berjuang keranaNya dalam beberapa firmanNya antaranya yang bermaksud "Sesungguhnya Allah membeli dari orang yang beriman itu, nyawa mereka dan harta benda mereka. sebagai gantinya Allah memberikan balasan syurga untuk mereka kerena mereka bermati-matian dijalan Allah, meraka sanggup membunuh dan dibunuh"

Antara kisah yang masyhur diperkatakan dalam sejarah dakwah adalah mengenai sahabat yang diutuskan berdakwah ke wilayah Rom oleh baginda Rasul saw. Kisah mengenai Abdullah b. Khuhafah ini banyak memberikan pengajaran untuk diteladani. Ketika beliau berdakwah di Rom, beliau ditangkap dan dihadapkan ke hadapan Maharaja Rom. Raja menawarkan sebahagian wilayah kekuasaan Rom diberikan kepadanya jika beliau sanggup berhenti dari menyampaikan dakwah Islam itu. Abdullah membacakan firman Allah dalam surah Al Haj ayat ke 41 yang bermaksud "Orang-orang yang diberikan kedudukan kepada mereka di atas muka bumi ini, tanggungjawab mereka hendaklah mengajak manusia mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyeru kepada yang baik dan mencegah perbuatan mungkar. Dan kepada Allah disandarkan segala urusan"
Prinsip yang ditunjukkan oleh para sahabat itu yang tidak tertarik dengan habuan keduniaan, pangkat, kuasa dan kedudukan, menyebabkan meraka semua dipenjara & diseksa oleh pemerintah.
Ketika Abdullah melihat para sahabatnya diseksa dan dibunuh kerana pertahankan akidah mereka, beliau menangis kesedihan. Maharaja bertanya 'adakah kamu takut dengan seksaan dan kamu tukar pendirian'... Abdullah menjawab 'Aku menangis kerana memikirkan aku hanya ada satu nyawa dan selepas ini aku akan mati. Alangkah baiknya jika aku memiliki banyaknya nyawa sebagaimana banyaknya bulu roma ditubuh badan aku...nescaya aku boleh mati dan hidup semula berulang kali untuk menyampaikan dakwah islam ini'
Jawapan itu sekali lagi merentap keegoan hati seorang Maharaja lantas beliau menawarkan pembebasan kepada Abdullah jika beliau sudi mengucup dahi Maharaja. Antara kehidupan untuk terus menyampaikan dakwah islam dengan kematian sebagai syuhada...Abdullah memilih untuk mengucup dahi Maharaja kerana nakkan kehidupan untuk terus berdakwah...
Berita kepulangan Abdullah b. Khuhafah bersama umat islam lainnya sampai ke pengetahuan Saidina Umar Al Khattab yang menjadi Khalifah ketika itu. Saidina Umar meraikan kepulangan para sahabat dengan penuh kegembiraan. Diceritakan segala apa yang dilalui oleh mereka semasa berdakwah kepada kerajaan Rom..sehinggalah saat beliau mengucup dahi Maharaja untuk diberikan pembebasan....
Saidina Umar apabila mendengar cerita itu lantas berkata "biarlah aku mengucup dahi kamu pada hari ini kerana kamu berjaya mengalahkan keinginan hati kamu, kepentingan diri kamu untuk bergelar syuhada, keegoan kamu diketepikan demi untuk hidup kerana agama Allah swt... 

Sedikit cerita dari peristiwa yang berlaku itu memberikan pengajaran yang sangat besar bagi menjawab persoalan yang berlaku dalam masyarakat islam di negara kita ini. Antaranya ialah:
1) Kedudukan Islam adalah lebih tinggi dan mulia berbanding segala tawaran & keistimewaan yang lain. Justeru, apabila bertembungnya keadaan antara kepentingan Agama Islam dengan kepentingan kuasa, maka dahulukanlah kepentingan agama. Ini sebagaimana yang di sabdakan oleh junjungan Nabi saw yang bermaksud 'Sesungguhnya islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi/utama darinya'
Janganlah kita lebih mementingkan hubungan baik dengan mereka yang berlainan akidahnya sehingga mengenepikan kepentingan islam yang membawa kepada prinsip 'berbeza akidah sama siyasah'.
Kerana pentingkan kuasa, kita sanggup gadaikan agama, biarkan agama islam dihina dicerca dan dipermain mainkan. Sedangkan kita diberikan peringatan oleh Allah dalam firmanNya ayat 8-9 surah Al-Mumtahanah yang bermaksud "Allah tidak melarang kita dari bersahabat dengan orang kafir selagi mana mereka tidak memusuhi agama kamu dan merancang untuk mengusir kamu dari tempat tinggal kamu.......tetapi Allah melarang kita dari berpakat dengan mereka apabila jelas mereka memusihi agama kita dan merancang untuk mengusir kita...."
Umat islam wajib menolak individu yang memusuhi islam dan mereka yang berpakat dengan orang kafir yang memusuhi islam.

2) Untuk mencapai kedudukan yang mulia disisi Allah, kita perlu mengorbankan kepentingan diri sendiri. Perasaan dendam, ego, sombong, riak dan angkuh, merupakan penyakit hati yang merosakkan segala ibadah & hubungan dengan Allah swt. Para ilmuan hendaklah utamakan kepentingan agama melebihi dari matlamat inginkan kuasa, pangkat dan harta. Apabila kedudukan islam tergugat/terancam, maka wajib kita pertahankannya walaupun terpaksa mengenepikan hasrat & cita-cita untuk mengusai Putrajaya.

3) Matlamat perjuangan orang kafir adalah kerana inginkan kekuasaan, harta, pangkat dan kemewahan sehingga matlamat menghalalkan cara. Sedangkan islam mengariskan tatacara yang penuh beradab untuk mencapai sesuatu matlamat. Kepentingan besar hendaklah didahulukan dari kepentingan kelompok kecil. Kepentingan umat mengatasi kepentingan parti. Ketepikan permusuhan, benci dan dendam kerana sayangkan Allah, sayangkan Islam , sayangkan umatnya dan sayangkan negara. Itulah prinsip siyasah Islamiyah yang membezakan perjuangan Islam dengan golongan bukan Islam adalah kerana prinsip Islam yang jelas untuk membela dan pertahankan agama. Jika islam dianggap sama sahaja dengan agama yang lain, maka ianya menyimpang dari prinsip siyasah dalam Islam dan wajib ditolak. 

Sejarah islam menunjukkan syiar islam berkembang dan berjaya mengusai dunia kerana kesatuan umatnya yang mementingkan pembelaan agama. Belum ada sejarah kejayaan kerajaan Islam tertegak dengan bantuan dari musuh-musuh Islam kerana mereka sememangnya golongan yang zalim 'sesungguhnya orang kafir itu sifatnya zalim'
Bersatulah kerana akidah walaupun berbeza siyasah.

No comments:

BN

BN