Friday, 20 July 2012

Tazkirah Ramadhan : "Biasakan yang betul, betulkan yang biasa" Kedatangan ramadhan semestinya disambut dengan penuh kegembiraan kerana dijanjikan dengan pelbagai tawaran istimewa oleh Allah swt. Antaranya ialah kerahmatan, keampunan, kasih sayang & pelepasan dari azab neraka. Namun kebiasaan umat kita lebih gembira dengan kedatangan syawal berbanding ramadhan. justeru tidak ramai yang merasai kemeriahan sambutannya. Inilah kebiasaan yang perlu diperbetulkan persepsinya. Seeloknya kedatangan ramadhan disambut bersama ahli keluarga. Anak-anak kembali ke kampung halaman bertemu dgn ibubapa & sanak saudara sebagai mana sambutan hari raya. Dalam sepotong Hadis Nabi s.a.w diperingatkan oleh Jibrail bahawa rahmat, kasih sayang & keampunan dari Allah tidak akan diperlolehi oleh mereka yang:. 1) Melakukan dosa syirik kepada Allah. orang yang syirik adalah orang yang rosak akidahnya kerana menyegutukan ALLAH dengan sesuatu samada secara Iktikad, perbuatan & percakapan. Iktikad adalah kepercayaan dalam hati bahawa ALLAH itu tiada,@ sama seperti makhluk. Perbuatan adalah seperti menyembah sembahan selain dari Allah spt berhala @ mempercayai pada sesuatu benda boleh memberi kebaikan@ keburukan, termasuklah mengamalkan ilmu hitam spt santau dan sihir. Manakala percakapan adalah spt kata-kata yang menghina Allah, menyamakan Allah dengan tuhan yang lain, menyamakan islam dengan agama yang lain, menghina kalimah Allah, menghina Al-quran dan sebagainya lagi kata-kata yang mudah diungkapkan. menyamakan sifat Allah dengan makhluk juga adalah perbuatan haram. Antara fahaman yang dihukum sesat oleh ulama dalam aliran ahli sunnah wal jamaah adalah fahaman golongan khawarij. Antara kesesatan yang dilakukan oleh gol khawarij adalah perbuatan mengkafirkan sesama umat islam disebabkan sesuatu dosa@kesalahan yang dilakukan. Oleh itu janganlah kita mudah mengkafirkan sesama umat islam kerana dibimbangi akan menjadikan kira sebagai orang yang kafir disisi ALLAH. 2. Dosa kepada Ibupaba, suami isteri dan ahli keluarga hendaklah bermaaf maafan dengan kedatangan ramadhan. ini kerana dosa akan menghalang kebaikan & keampunan dari ALLAH. Oleh itu eloklah kita bermaaf maafan diawal ramadhan, bukannya diawal syawal sempena hari raya. 3. Memutuskan sillaturrahim akan menyebabkan terhalangnya rahmat & keampunan dr Allah. Justeru diawal ramadhan hendaklah bermaaf maafan sesama umat, hilangkan rasa dengki, dendam, permusuhan dan sebagainya yang boleh menghalang rahmat Allah kepada kita. selalunya kita meluahkan ungkapan "Maaf Zahir Batin" sempena hari raya. Eloklah pada tahun ini ungkapan maaf diucapkan diawal kedatangan ramadhan bagi menjamin rahmat & keampunan Allah bersama kita. Sesungguhnya bersedekah itu memadamkan kemurkaan Allah... Selamat menjalani ibadah dibulan ramadhan dengan keimanan & keinsafan sebagai hamba Allah. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa agar menepati kehendak agama islam.

No comments:

BN

BN