Fatwa Syeikh Abdul Aziz Bin Baz
-
Kaedah diplomasi (al-Hasan) adalah cara yang terbaik bagi menegakkan kebenaran. Manakala kaedah konfrantasi (al-Sayyi’) yang keras adalah seburuk-buruk cara dalam menegakkan kebenaran. Tujuk perasaan (al-muzaharah) adalah jalan yang membawa kepada tercetusnya kekacauan sehingga timbulnya huru-hara, kezaliman, permusuhan, pembantaian dan implikasinya tidak elok ke atas para pendakwah. Begitu juga demonstrasi (masirah) di jalanan dengan riuh rendah sorakan manusia bukanlah jalan terbaik bagi mencari maslahah dan menyebarkan dakwah. Jalan yang terbaik ialah: dengan duduk berbincang (ziarah), mengutus surat bagi menasihati pemimpin, pemerintah, ketua Qabilah dan sebagainya adalah jalan terbaik dan bukan melalui jalan kekerasan dan tunjuk perasaan. Sejarah baginda Rasulullah yang mendiami Mekah selama 13 tahun, baginda tidak menggunakan cara tunjuk perasaan (muzaharah) dan demonstrasi (masirah) serta tidak juga membahayakan orang awam sehingga musnah harta benda mereka dan berlakunya pembunuhan. Sesungguhnya kaedah tunjuk perasaan dan demonstrasi boleh memudaratkan usaha dakwah dan ke atas pendakwah (dua’t) itu sendiri. Ianya menghalang dakwah dan boleh menyebabkan pemerintah memerangi dan memusuhi pendemonstrasi dengan pelbagai cara. Memang pada asalnya, para pendemonstran menghendaki kejayaan (melalui demonstrasi) namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka sewajarnya para pendakwah di jalan Allah mengikuti jalan yang dirintis oleh para rasul-rasul meskipun memakan masa dan ianya lebih baik daripada melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan dakwah dan menyempitkan ruang dan peluangnya sehingga tertutup sama sekali peluang tersebut. Walahaula wala quwwata illa billah.
Beliau juga ditanya: Adakah tunjuk perasaan oleh lelaki dan wanita terhadap pemerintah dikira sebagai salah satu jalan dakwah? Adakah mereka yang mati ketika mengadakan tunujk perasaan dikira sebagai Shahid?
Beliau menjawab: Saya tidak melihat tunjuk perasaan (muzaharah) oleh lelaki dan wanita sebagai jalan penyelesaian. Ianya lebih menimbulkan fitnah dan pencetus keburukan. Ianya salah satu sebab berlakunya kezaliman dan permusuhan sesama manusia tanpa haq. Apa yang disuruh syara’ (dalam menasihati pemimpin) ialah seperti nasihat, menulis memorandum dan menyeru kepada kebaikan. Ianya jalan yang selamat. Inilah jalan yang dirintis oleh ahli ilmu dan begitu juga para sahabat baginda Rasulullah S.A.W dan para tabiin iaitu dengan jalan diplomasi dan memaafkan mereka pesalah, pemerintah dan sultan dengan cara selalu berhubung dengan mereka, menasihati mereka dan menulis memorandum kepada mereka, tanpa menghebahkan di minbar dan sebagainya bahawa ia (pemerintah) melakukan begini maka jadilah begini. Wallahul musta’an.
Fatwa Syeikh al-A’llamah Muhammad Saleh al-Uthaimeen – Rahimahullah
Soalan: Adakah demonstrasi dikira sebagai satu jalan dakwah yang disyariatkan?
Maka Syeikh menjawab: Alhamdullillahi rabbil A’lamin Wa Sallahu A’la Sayyidina Muhammad Wa A’la Alihi Wa sahbihi Ajmaiin wa man tabia’hum Bi Ihsan Ila Yaumiddin.
Amma Ba’du: Sesungguhnya Muzaharah adalah perkara yang baharu. Tidak pernah berlaku sama ada di zaman baginda Rasul S.A.W atau di zaman khulafa’ ur Rashidin atau di zaman sahabat Radhiallahu A’nhu. Tambahan lagi akan berlaku di dalam demonstari tersebut perkara yang melampaui batas dan rusuhan sehingga berlakunya perkara yang ditegah seperti kerosakan harta benda dan sebagainya. Akan berlaku juga nanti percampuran antara lelaki dan wanita, tua dan muda yang lebih mendatankang keburukan dan kemungkaran.
Adapun masalah berkaitan memberi tekanan kepada pemerintah: Seandainya pemerintah itu Islam, maka cukuplah memberi nasihat menggunakan ayat-ayat Allah Taa’la (al-Quran) dan al-Sunnah Rasulullah S.A.W. Inilah cara terbaik ditunjukkan kepada orang Islam. Seandainya pemerintah itu kafir, maka mereka tidak akan mempedulikan para ”pendemonstran” dan pasti mereka (pemerintah) akan melawan secara keras juga yang memberi akhirnya memberi kesan yang tidak baik kepada jiwa. Oleh itu, kami melihat bahawa demonstrasi itu adalah satu perkara yang munkar.
Seandainya mereka berkata: Ini adalah demonstrasi aman.....Sebenarnya mungkin aman pada awalnya atau pada permulaannya dan kemudiannya akan berlaku rusuhan. Oleh itu, saya menasihati pemuda-pemuda agar mengikut jalan yang ditunjukkan oleh ummah yang terdahulu. Sesungguhnya Allah Taa’la memuji kaum muhajirin dan Ansar dan memuji generasi yang mengikuti perilaku mereka).
Fatwa Fadhilah Syeikh Al-A’llamah Saleh al-Fawzan (Hafizahullah):
Agama Islam bukan agama ekstrim. Islam adalah agama berdisiplin, berperaturan dan agama yang menenangkan dan tidak mendatangkan fitnah. Inilah agama Islam. Manakala cara memperjuangkan kebenaran tanpa melalui jalan ini iaitu yang dituntut syarak seperti demonstrasi akan menyebabkan berlakunya fitnah, pertumpahan darah, kerosakan harta benda....maka demonstrasi adalah tidak diharuskan syara’.
Fatwa Syeikh Abdul Aziz al-Rajhi, Hafizahullah:
”
Demonstrasi bukanlah dari perbuatan kaum muslimin. Ianya adalah budaya luar. Sebagaimana maklum, ianya berasal dari barat, negara orang kafir. Maka dimanakah ajaran sunnah dalam demonstrasi? Sunnah ialah: Perbuatan baginda Rasulullah S.A.W, perkataan dan pengakuan. Maka bagi mufti yang mengharuskan demonstrasi, hendaklah ia mendatangkan dalil yang menyatakan bahawa baginda Rasulullah S.A.W melakukan demonstrasi, atau memperakukannya dalam salah satu perbuatan baginda Rasul S.A.W.”
Menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak yatim, makan riba, menderhaka kepada ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya.
Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. Benih pertama kumpulan yang digelar al-Khawarij ini ialah seorang yang dipanggil Zulkhuwaisirah yang membantah cara Rasulullah S.A.W membahagikan harta dan menyifatkannya ”tidak adil.” Lalu Nabi S.A.W bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari yang bermaksud: ”Orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka membaca quran tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar dari agama seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari).”
Dalam sebuah hadis riwayat Attabarani, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Al-Khawarij (penderhaka-penderhaka) adalah anjing-anjing neraka.”
Adalah diperhatikan puak penderhaka yang dimaksudkan dalam hadis-hadis di atas dan yang muncul kemudiannya di zaman Saidina Ali R.A adalah terdiri daripada kalangan mereka yang membaca Quran, serta memakai jubah dan serban. Ini bermakna bahawa membaca Quran, memakai jubah dan serban tidaklah menjadikan seseorang itu kebal drp terkena laknat yang disebut dalam hadis tadi, jika akidah dan tindak tanduknya keluar dari landasan Ahli Sunnah Wal-Jama’ah.
Kenyataan inilah yang mendorong Imam Muhammad Bin al-Husain Al-Ajurry As-Syafii memberi peringatan dalam bukunya ”Kitab Al-Syari’ah,” ”Para ulama’ dulu dan kini sependapat menyatakan bahawa khawarij adalah golongan yang jahat, penderhaka kepada Allah dan Rasulnya, sekalipun mereka sembahyang dan berpuasa, serta bersungguh-sungguh dalam beribadat, yang demikian itu tidak akan memberi manfaat kepada mereka.”
Apa yang dinyatakan oleh Imam Muhammad Bin al-Husain di atas bersandarkan kepada hadis-hadis sahih yang banyak menjelaskan akibat buruk daripada tindakan penderhakaan, seperti menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah, ditimpakan kehinaan oleh Allah S.W.T dan terputus jalan ke syurga, Waliyazubillahi min zalik.
No comments:
Post a Comment