Sumber: AIDC
PETALING JAYA: Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.
Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.
Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.
“Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.
“Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.
“Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,” katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat.
Ketika ibunya sakit baru-baru ini, Ummi berkata, ibunya telah memberitahu dia dan dua kakaknya supaya tidak memberitahu Azmin sekiranya dia meninggal dunia.
“Ini jelas menunjukkan betapa kecewanya hati dia,” kata Ummi.
Awal tahun ini, Ummi yang merupakan individu yang mendedahkan mengenai kes liwat Anwar yang pertama berkata, dia akan kembali menyerang Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.
Ummi berkata, dia akan mendedahkan ‘rahsia’ serta salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 – Mstar
No comments:
Post a Comment