Sokongan terhadap Pakatan Rakyat dapat dinilai dengan kahediran penyokong-penyokong mereka di setiap ceramah politik yang diadakan. Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan baru-baru ini di kedah, menyaksikan ramai rakyat dari pelbagai bangsa hadir mendengar ceramah yang disampaikan. Meskipun mereka di sajikan dengan ceramah yang berkobar-kobar dari pimpinan-pimpinan atasan, dalam pada masa yang sama, mereka juga menilai dan menyelidiki setiap ucapan yang diberikan. Mereka menilai janji yang ditaburkan. Adakah ianya dilaksanakan atau tidak. Mereka menilai tohmahan pemimpin kepada lawan mereka, adkah benar atau sebaliknya. Mereka juga menilai akhlaq pemimpin, adakah jujur atau sebaliknya. Panilaian sebegini memang ada pada setiap pendengar. Cumanya, bagi mereka yang berilmu, kebenaran terhadap kata-kata yang dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kemudiannya di selidiki sama ada mempunyai kebenaran atau kebathilan. Manakala bagi orang awam, kadang-kadang mereka turut menilai semula ucapan pimpinan tertinggi dan kadang-kadang mereka terus mempercayainya bulat-bulat tanpa ada penilaian. Rata-rata penyokong bawahan PAS taksub kepada pimpinan mereka. Jika yang dikatakan oleh pemimpin tertinggi sebagai Halal, maka halallah bagi mereka. Jika Haram, maka haramlah bagi mereka. Jika Haji Hadi menghalalkan perpaduan PAS,PKR dan DAP, maka halallah bagi para pendokong mereka. Tanpa melihat baik dan buruk perpaduan sebegini terhadap umat Islam di Malaysia, maka sokongan mereka adalah jitu kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama mereka. Ironinya, ramai yang sedia tahu bahawa PAS dalam banyak-banyak hal yang bercanggah dengan kepentingan DAP, maka PAS akan cepat mengalah. Alasannya adalah demi kepentingan Pakatan Rakyat. Maka rakyat bawahan yang menyokong turut bersetuju dengan pimpinan tertinggi. Jika ada yang membangkang meskipun seorang dua, maka orang itu akan dikerjakan habis-habisan. Pelbagai tohmahan dilemparkan seperti tidak taat kepada pemimpin, tiada wala', agen UMNO, petualangan, duri dalam daging dan sebagainya. Sedangkan, PAS jugalah yang mendokong aspirasi demokrasi dan sering menuduh UMNO tidak demokratik dalam pelbagai keadaan. Tanpa berselindung, Pemecatan Dr. Hassan Ali adalah satu tindakan tidak demokratik oleh PAS!! Sewajarnya, PAS mengambil kritikan yang diberikan untuk memperbaiki PAS dan bukan sewenangnya menganggap kritikan tersebut sebagai alat menghancurkan PAS. Islam adalah matlamat yang suci yang ditegakkan oleh PAS sejak sekian lama. Sejak dari dulu, Apa-apa sahaja yang bercanggah dengan kehendak Islam, maka hancurlah usaha dan fikrah tersebut. Bagi PAS, Islam lebih utama yang dijunjung dan tiada lawannya. Itulah sifat PAS yang sebenar. PAS yang asli meletakkan ISLAM di tempat yang tertinggi. Namun, keadaan sekarang telah berbeza. Atas nama pakatan, cita-cita Islam yang dulunya diletakkan di tempat yang tertinggi, dikesampingkan begitu sahaja. Demi perpaduan, Islam disampingkan dan apa-apa kepentingan yang menyalahi semangat perpaduan pakatan akan di nilai dan diletakkan dibahagian belakaing. Apa yang didepankan adalah kepenting pakatan PAS, DAP dan PKR. Sudah berapa kali PAS mengalah dalam isu yang melibatkan kepentingan ISLAM. Isu arak di selangor, isu murtad, isu hudud, isu kalimah Allah, isu bangkangan Hassan Ali terhadap Anwar Ibrahim, dan sebagainya. Pelbagai isu yang melibatkan kepentingan Islam, banyak yang PAS mengalah. Ibarat merelakan sahaja apa yang dikehendaki oleh konco-konco mereka. Justeru, apa lagi yang ada pada PAS, jika semua prinsip digadai demi kepentingan pakatan rakyat ? Adakah PAS kini lebih teruk dari UMNO? Sejelek-jelek UMNO pada pandangan orang PAS, UMNO tetap memelihara kesucian Islam. Pelajaran Jawi, Quran dan Fardhu Ain (JQAF) diterapkan di sekolah, isu murtad diperjuangkan, isu kalimah Allah dipertahankan. Meskipun UMNO digambarkan korupsi namun isu-isu yang melibatkan kepentingan agama tetap dipertahankan. MCA, meskipun sebagai rakan baik UMNO, namun mereka tetap mengiktiraf melayu sebagai penduduk asal bumi ini.Manakala DAP sering mempersoalkan hak pribumi melayu. MCA adalah kawan yang sanggup berkompromi dalam banyak hal, sedangkan DAP adalah satu kumpulan pendesak politik yang mahukan PAS sentiasa mengikut telunjuk mereka. Apabila PAS berlembut, maka itu adalah satu kejayaan buat DAP. Meskipun DAP pada dasarnya turut memerlukan sokongan melayu, namun mereka tetap tidak berkompromi dalam soal-soal prinsip. Dulu mereka tentang hudud, bila bergabung dengan PAS pun mereka tetap tentang hudud. Sedangkan PAS menggadai apa sahaja prinsip yang ada demi sokongan masyarakat cina dan india. Sekarang ini, sewajarnya para pendokong PAS perlu menilai semula sokongan mereka terhadap PAS. Janganlah nanti, setelah semuanya digadai, maka di situ baru timbul keinsafan. Ingatlah, kita menyokong kebenaran dan seandainya kebathilan yang dibawa msekipun dari parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, maka wajarlah kita menolak. Demi agama, bangsa dan negara, sama-samalah kita muhasabah dan menilai kembali sokongan yang diberikan.
Dari: penabuluh 17.1.2012
No comments:
Post a Comment