Bandar Baru Bangi, 31.1.2012
Dr. Hassan Ali, dalam ceramahnya di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi menegaskan idea dan strategi pimpinan PAS untuk menawan Putrajaya dahulu kemudian baru laksana Islam adalah satu idea karut dan tidak boleh diterimapakai. Menurut beliau, jika PAS yang memegang pemerintahan Selangor ketika ini pun tidak mampu berbuat apa-apa apabila berdepan dengan krisis kepentingan umat Islam, adalah mustahil perkara yang sama dpat dilaksanakan apabila dapat menawan Putrajaya kelak. Beliau cukup yakin, bahawa rakatan pakatan drp DAP dan PKR akan turut menjadi penghalang kepada gerakan Amar Makruf, nahi dan mungkar apabila menguasai Putrajaya kelak. Beliau turut memberi ingatan kepada rakan-rakan di dalam PAS supaya tidak mengikut rentak rakan mereka dalam pakatan drp DAP dan PKR yang berkompromi dalam hal-hal kepentingan umat Islam. Isu amar makruf nahi mungkar tidak wajar dikompromikan kerana ianya melibatkan hak umat Islam dan tidak langsung berkait dengan hak bukan Islam. Ceramah beliau dihadiri oleh 3000-4000 rakyat bandar baru bangi dan kawasan sekitarnya turut menampilkan ustaz Hasan Basri dan ustaz Abdullah Zaik sebagai penceramah. Rata-rata hadirin bersetuju dengan pendapat Dr. Hassan Ali dan kesemua hadirin kerap memberi tepukan semangat setiap kali Hassan Ali membangkitkan pelbagai isu yang melanda PAS sekarang. Terlebih dahulu, ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri. Beliau yang terkenal dengan syarahan yang berapi-apidan menaikkan semangat turut mempersoalkan kewajaran PAS memberi pengiktirafan kepada komunis sebagai pejuang bangsa demi mengambil hati pengundi-pengundi cina. Beliau juga turut melahirkan rasa sangsi dengan pelbagai dasar PAS yang begitu berbeza dengan matlamat perjuangan asal. Majlis ceramah pada malam tadi berakhir pada jam 12.30 mlm dengan diakhiri dengan bacaan zikir yang dipimpin oleh Dr. Hassan Ali.
No comments:
Post a Comment